Friday, 24 May 2013

Penakluk Al-Aqsa (Part 3) ^^

Assalamualaikum



Tatkala merasa ajalnya semakin dekat, Abu Bakar RA bermusyawarahkan siapakah yang akan diangkat sebagai khalifah bagi kaum muslimin sesudahnya.
Al-Faruq adalah orang yang paling dekat dengan Abu Bakar.
Dialah orang kedua sesudah As-Siddiq.
Sebab, tatkala Nabi SAW memasuki masjid dan ketika itu para sahabat berada di Ar-Raudhah, baginda bertanya tentang Abu Bakar dan Umar. Kemudian datanglah Abu Bakar dari arah kanan baginda dan Umar datang dari arah kiri baginda. Nabi SAW lalu memegang tangan keduanya seraya berkata, "Demikianlah kita dibangkitkan pada hari kiamat."
Akhirnya, diangkatlah Umar bin Khattab sebagai khalifah sesudahnya.
Orang ramai menyedari akan sifat kerasnya semasa Nabi masih hidup lagi malahan dalam pemerintahan Abu Bakar RA juga.
Masing-masing menjadi takut akan perlantikan khalifah kepadanya.
Apabila Umar menyedari perkara itu, berdirilah Umar berkhutbah di hadapan manusia seraya berkata antaranya :
"...Akulah yang menjadi pemimpin bagi kamu. Maka ketahuilah bahawa sifat keras ini telah aku lemahkan, kecuali terhadap orang-orang yang melampaui batas dan yang berbuat zalim. Aku akan perlihatkan kekerasan ini dan tidak akan kubiarkan orang-orang yang berbuat zalim memiliki kesempatan..."
"...Sesungguhnya, kamu memiliki beberapa urusan yang kuberikan syarat terhadap kamu. Pertama, selamanya aku tidak akan mengambil harta kamu. Tidak untuk diriku ataupun keluargaku. Kedua, aku akan mengembangkan harta dan menambah rezeki untuk kamu. Ketiga, aku tidak berlebihan dalam mengirim kamu (berperang). Jika aku mengirim kamu maka akulah yang akan menjadi penanggung keluarganya. Kamu juga memiliki perkara keempat yang harus kamu lakukan terhadapku. Iaitu, jika kamu tidak memerintahkanku dengan kebaikan dan mencegahku dari kemungkaran serta menasihatiku, maka akan kuadukan kamu kepada Allah Azza wa Jalla pada hari kiamat kelak..."
Sejurusnya, takbir bergema setelah mendengar khutabh yang disampaikan oleh Umar sebagai khalifah pada masa itu.
Semenjak khalifah Umar memerintah, banyak kemajuan yang diperjuangkan oleh khalifah Umar antaranya :

Kemajuan Pemerintahan
1. Prestasi yang diraih dalam bidang politik secara umum Al-Faruq adalah orang pertama yang digelari dengan sebutan Amirul Mukminin dari para khalifah.
2. Permulaan tahun hijrah
3. Berkeliling bersendirian pada waktu malam di antara rumah-rumah masyarakat untuk mendengar permasalahan umat.
4. Muktamar tahunan bagi para panglima dan para pemimpin untuk mendengar pendapat.
5. Dirrah milik Umar bertujuan untuk memberi pelajaran kepada mereka yang membuat kesalahan.
6. Penentuan sempadan
7. Membentangkan jalan

Kemajuan Ibadah
1. Solat Tarawikh beramai-ramai
2. Solat jenazah ditakbirkan dengan empat kali
3. Perluasan Masjid Nabawi
4. Memberi hadiah kepada penghafal Al-Quran
5. Mengundurkan makan Nabi Ibrahim supaya mudah bagi manusia untuk bertawaf dekat dengan kaabah.
6. Membatasi musyawarah dengan jumlah anggota tertentu

Kemajuan Perhubungan Dengan Orang Bukan Islam
1. Mengusir Yahudi dari Jazirah Arab yang memberi kerugian bagi kaum muslimin.
2. Kewajiban membayar jizyah ke atas Ahlul Kitab sesuai dengan kemampuan pendapat peribadinya.
3. Menggugurkan kewajiban membayar jizyah bagi Ahlul Kitab yang fakir dan yang lemah.
4. Menghulurkan bantuan dari Baitul Mal untuk orang-orang Ahli Kitab yang lemah.

Kemajuan Dalam Bidang Ketenteraan
1. Mendirikan kem tentera yang tetap.
2. Memerintahkan wajib sertai tentera.
3. Mendirikan pos kawalan tentera di setiap sempadan daerah.
4. Membatasi waktu seorang suami yang pergi berjihad untuk boleh meninggalkan isterinya dan menetapkan tidak meninggalkan rumahnya melebihi 4 bulan.
5. Membuat kekuatan cadangan yang teratur dan mengumpulkan 30 000 ekor kuda untuk kekuatan tersebut.
6. Memerintahkan penglima untuk menyerahkan laporan perkara-perkara yang terperinci tentang askar.
7. Membuat buku khusus para tentera untuk mendaftar nama-nama dan gaji mereka.
8. Menentukan gaji tetap bagi para tentera.
9. Mengkhususkan para doktor, para penerjemah, dan para penasihat untuk menyertai pasukan.
10. Membentuk jabatan perbekalan (logistik)

Kemajuan Dalam Meningkatkan Pentadbiran Negara
1. Mendirikan berbagai jabatan.
2. Menubuhkan jabatan simpanan.
3. Membuat kementerian wakaf.
4. Mewajibkan para pekerja dan pejabat untuk melaporkan harta benda.
5. Membuat sebuah rumah untuk penyimpanan harta kaum muslimin (perbendaharaan negara).
6. Membuat pecahan wang dirham dan menentukan timbangannya.
7. Mengambil zakat kuda.
8. Mewajibkan pengeluaran harta bagi suatu bangsa.
9. Menentukan nafkah anak jalanan diambil dari BaitulMal.
10. Mengukur tanah dan membatasi jaraknya.
11. Membahagi-bahagi makanan di berbagai negeri.
12. Membuat sebuah rumah tetamu, digunakan untuk menyambut para utusan.
13. Mendirikan tempat istirehat di antara negeri-negeri dan di jalan-jalan.
14. Melaksanakan pinjaman wang dari Baitul Mal kepada siapa saja yang ingin berdagang.
15. Membasmi penimbun makanan.
16. Membuat tempat yang terlindung untuk mengembala unta dan lembu.

Dalam tempoh 10 tahun 6 bulan 4 hari, Khalifah Umar berjaya menakluk seluruh kawasan Iraq, Syam, Al-Quds, termasuk Masjidil Aqsa, Mesir, dan Azerbajian. Hebat Khalifah Islam kita.


Bersambung...(Rujukan dari 4 Pemimpin Ajaib Khulafa'Ar Rasyidin by Umar Hafiz)


^^
Atokk Naqib
Sekian...

No comments:

Post a Comment