Rasulullah SAW bersabda :
"Wahai sekalian manusia, aku datang membawa agama ini lalu manusia berkata, 'Engkau berdusta'. sedangkan Abu Bakar berkata, 'Engkau benar'. Abu Bakar telah menolongku dengan dirinya, harta, dan keluarganya... maka apakah kalian akan meninggalkan sahabatku?"
As-Siddiq adalah gelaran yang terkenal yang diberikan kepada sahabat nabi yang paling setia ini iaitu Abu Bakar RA kerana membenarkan Rasulullah SAW saat berlaku peristiwa Israk Mikraj pada hari di mana penduduk Makkah mendustakannya.
Nama sebenar beliau adalah Abdullah Ibnu Abu Quhafah.
Dilahirkan beberapa bulan dua tahun selepas tahun gajah.
Berasal dari Bani Tamim, yang merupakan salah satu inti dari suku Quraisy.
Usianya 2 tahun lebih muda daripada Nabi Muhammad SAW.
Seorang yang mempunyai susuk badan yang kurus, kecil kedua betisnya, tipis daging pipinya, cekung kedua matanya, tidak tinggi juga tidak pendek, dan badannya sedikit bongkok.
Janggutnya berwarna putih dan dia mencelupnya dengan inai. Dahinya sangat jelas (menonjol), hidungnya mancung.
Sifat ini berlainan dengan ciri manusia lainnya.
Antara sifat-sifat peribadi yang ada pada As Siddiq adalah tidak pernah sujud pada berhala, Tidak pernah minum khamr dan disenangi semua orang.
As Siddiq melengkapkan Syahadahnya di depan Nabi SAW tanpa rasa pertimbangan,dan ragu-ragu kerana cintanya kepada kebenaran yang dibawa oleh Nabi SAW.
As Siddiq adalah orang yang pertama masuk islam dari golongan lelaki.
Dengan hanya sedikit kalimat yang dikeluarkan dari mulut Nabi SAW, Beliau lantas menyebarkan Islam kepada masyarakat dan antara sahabat yang memperoleh hidayah dari tangannya sendiri ialah Sa'ad bin Abi Waqash, Zubair bin Awwam, Thalhah bin Ubaidillah, Abu Ubaidah bin Jarrah, Abdurrahman bin 'Auf dan Uthman bin Affan.
As siddiq adalah antara manusia yang paling benar dan teguh keimanannya seperti diriwayatkan oleh Nabi SAW sendiri.
Nabi SAW bersabda juga, "Sekiranya iman umat ini diletakkan di satu piringan timbangan dan iman Abu Bakar diletakkan dipiringan timbangan yang lain, nescaya keimanan Abu Bakarlah yang lebih kuat. Nabi SAW juga pernah bersabda, "Tidaklah Abu Bakar mengungguli kamu dengan banyaknya mengerjakan solat dan puasa, tetapi dia mengungguli kamu dengan sesuatu yang menetap di dalam hatinya."
Kecintaan As Siddiq amatlah tinggi kepada Nabi SAW berbanding orang lain sehingga satu kisah yang berlaku kepada Nabi SAW yang disakiti oleh kaum kafir Quraisy dan datanglah Abu Bakar menghalangi perbuatan kafir quraisy tersebut.
Hal itu menyebabkan Abu Bakar diserang oleh mereka sehingga membengkak dan mengalirkan darah dari wajah Abu Bakar.
Abu Bakar berusaha mencari Nabi SAW selepas beliau pengsan dan dibawa oleh orang-orang Bani Tamim ke rumahnya dengan berasa kerisauannya terhadap Nabi SAW seraya berkata "Demi Allah, aku tidak akan makan dan minum hingga aku melihat baginda sendiri."
Akhirnya Abu Bakar bertemu Nabi SAW di rumah Al-Arqam bin Abi Arqam dengan rasa hiba dan kasihan baginda melihat keadaan Abu Bakar lantas baginda mendamping dan memeluk Abu Bakar.
As Siddiq dicintai oleh semua sahabat malahan Nabi SAW sendiri yang berdiri di sebelahnya melebihi kecintaannya dari sahabat lain.
Sehingga kecintaan Nabi SAW kepada Abu Bakar terserlah apabila memarahi Umar kerana memarahi Abu Bakar yang merupakan seorang As Siddiq kepada jalan dakwah baginda.
Sikap Tawadu' nya terserlah apabila meminta kepada Nabi SAW bahawa mengasihi Umar dan mangaku beliau telah berlaku zalim kepada sahabatnya sendiri.
Semenjak dari itu, Abu Bakar tidak pernah disakiti lagi.
Pada akhir titian nafas baginda, amanat diberi oleh Nabi SAW cukup memberi kesan yang mendalam kepada sahabatnya setelah kerisauan sahabat terhadap kesihatan Nabi SAW.
Lantas amanat itu difahami oleh Abu Bakar dan mulai menangis dan suara tangisannya meninggi seraya berkata lantang, "Aku telah menebusmu dengan ayahku, aku telah menebusmu dengan ibuku, aku telah menebusmu dengan anakku, dan aku telah menebusmu dengan hartaku, wahai rasulullah."
Perbuatan Abu Bakar yang memutuskan ucapan Nabi SAW telah diingkari oleh para sahabat tetapi Nabi SAW menyebelahinya.
Pintu rumah sahabat semuanya ditutup untuk dihadapkan ke arah masjid kecuali pintu rumah Abu Bakar sambil itu Nabi SAW berdoa untuk sahabat2 baginda.
Setelah itu, Nabi SAW dibawa ke rumah dan menyuruh Abu Bakar untuk mendirikan solat bersama kaum muslimin.
Saidatina Aisyah kemudian meminta agar Umar bin Al Khattab yang menjadi imam.
Ketika Nabi SAW mengetahui hal itu, baginda berkata "Bukankah aku telah mengatakan agar Abu Bakar solat bersama manusia.
Allah dan kaum muslimin menolak hal ini, Perintahlah Abu Bakar agar solat bersama manusia."
Abu Bakar kemudian solat bersama manusia dan keadaan itu dilihat oleh Nabi SAW yang tersenyum.
Kelihatan tersenyum baginda melihat Abu Bakar mengimamkan solat bersama kaum muslimin lalu baginda kembali ke rumahnya seraya berkata, "Bal Rafiqul'Ala."
Kemudian baginda meletakkan kepalanya di atas riba Aisyah. Aisyah berkata, "Baginda terus-menerus mengucapkan "Bal Rafiqul A'la" kemudian tangan baginda menjuntai ke bawah dan kepala baginda terasa berat berada di atas ribaku.
Maka, aku tahu bahawa baginda telah wafat."
Melalui peristiwa ini juga, Nabi SAW bergembira melihat Abu Bakar mengimamkan kaum muslimin atau kata lain meredhai Abu Bakar sebagai pemimpin mereka.
Bersambung...(Rujukan dari 4 Pemimpin Ajaib Khulafa'Ar Rasyidin by Umar Hafiz)
^^
Atokk Naqib
Sekian...


No comments:
Post a Comment