Friday, 24 May 2013

Penakluk Al-Aqsa (Part 3) ^^

Assalamualaikum



Tatkala merasa ajalnya semakin dekat, Abu Bakar RA bermusyawarahkan siapakah yang akan diangkat sebagai khalifah bagi kaum muslimin sesudahnya.
Al-Faruq adalah orang yang paling dekat dengan Abu Bakar.
Dialah orang kedua sesudah As-Siddiq.
Sebab, tatkala Nabi SAW memasuki masjid dan ketika itu para sahabat berada di Ar-Raudhah, baginda bertanya tentang Abu Bakar dan Umar. Kemudian datanglah Abu Bakar dari arah kanan baginda dan Umar datang dari arah kiri baginda. Nabi SAW lalu memegang tangan keduanya seraya berkata, "Demikianlah kita dibangkitkan pada hari kiamat."
Akhirnya, diangkatlah Umar bin Khattab sebagai khalifah sesudahnya.
Orang ramai menyedari akan sifat kerasnya semasa Nabi masih hidup lagi malahan dalam pemerintahan Abu Bakar RA juga.
Masing-masing menjadi takut akan perlantikan khalifah kepadanya.
Apabila Umar menyedari perkara itu, berdirilah Umar berkhutbah di hadapan manusia seraya berkata antaranya :
"...Akulah yang menjadi pemimpin bagi kamu. Maka ketahuilah bahawa sifat keras ini telah aku lemahkan, kecuali terhadap orang-orang yang melampaui batas dan yang berbuat zalim. Aku akan perlihatkan kekerasan ini dan tidak akan kubiarkan orang-orang yang berbuat zalim memiliki kesempatan..."
"...Sesungguhnya, kamu memiliki beberapa urusan yang kuberikan syarat terhadap kamu. Pertama, selamanya aku tidak akan mengambil harta kamu. Tidak untuk diriku ataupun keluargaku. Kedua, aku akan mengembangkan harta dan menambah rezeki untuk kamu. Ketiga, aku tidak berlebihan dalam mengirim kamu (berperang). Jika aku mengirim kamu maka akulah yang akan menjadi penanggung keluarganya. Kamu juga memiliki perkara keempat yang harus kamu lakukan terhadapku. Iaitu, jika kamu tidak memerintahkanku dengan kebaikan dan mencegahku dari kemungkaran serta menasihatiku, maka akan kuadukan kamu kepada Allah Azza wa Jalla pada hari kiamat kelak..."
Sejurusnya, takbir bergema setelah mendengar khutabh yang disampaikan oleh Umar sebagai khalifah pada masa itu.
Semenjak khalifah Umar memerintah, banyak kemajuan yang diperjuangkan oleh khalifah Umar antaranya :

Kemajuan Pemerintahan
1. Prestasi yang diraih dalam bidang politik secara umum Al-Faruq adalah orang pertama yang digelari dengan sebutan Amirul Mukminin dari para khalifah.
2. Permulaan tahun hijrah
3. Berkeliling bersendirian pada waktu malam di antara rumah-rumah masyarakat untuk mendengar permasalahan umat.
4. Muktamar tahunan bagi para panglima dan para pemimpin untuk mendengar pendapat.
5. Dirrah milik Umar bertujuan untuk memberi pelajaran kepada mereka yang membuat kesalahan.
6. Penentuan sempadan
7. Membentangkan jalan

Kemajuan Ibadah
1. Solat Tarawikh beramai-ramai
2. Solat jenazah ditakbirkan dengan empat kali
3. Perluasan Masjid Nabawi
4. Memberi hadiah kepada penghafal Al-Quran
5. Mengundurkan makan Nabi Ibrahim supaya mudah bagi manusia untuk bertawaf dekat dengan kaabah.
6. Membatasi musyawarah dengan jumlah anggota tertentu

Kemajuan Perhubungan Dengan Orang Bukan Islam
1. Mengusir Yahudi dari Jazirah Arab yang memberi kerugian bagi kaum muslimin.
2. Kewajiban membayar jizyah ke atas Ahlul Kitab sesuai dengan kemampuan pendapat peribadinya.
3. Menggugurkan kewajiban membayar jizyah bagi Ahlul Kitab yang fakir dan yang lemah.
4. Menghulurkan bantuan dari Baitul Mal untuk orang-orang Ahli Kitab yang lemah.

Kemajuan Dalam Bidang Ketenteraan
1. Mendirikan kem tentera yang tetap.
2. Memerintahkan wajib sertai tentera.
3. Mendirikan pos kawalan tentera di setiap sempadan daerah.
4. Membatasi waktu seorang suami yang pergi berjihad untuk boleh meninggalkan isterinya dan menetapkan tidak meninggalkan rumahnya melebihi 4 bulan.
5. Membuat kekuatan cadangan yang teratur dan mengumpulkan 30 000 ekor kuda untuk kekuatan tersebut.
6. Memerintahkan penglima untuk menyerahkan laporan perkara-perkara yang terperinci tentang askar.
7. Membuat buku khusus para tentera untuk mendaftar nama-nama dan gaji mereka.
8. Menentukan gaji tetap bagi para tentera.
9. Mengkhususkan para doktor, para penerjemah, dan para penasihat untuk menyertai pasukan.
10. Membentuk jabatan perbekalan (logistik)

Kemajuan Dalam Meningkatkan Pentadbiran Negara
1. Mendirikan berbagai jabatan.
2. Menubuhkan jabatan simpanan.
3. Membuat kementerian wakaf.
4. Mewajibkan para pekerja dan pejabat untuk melaporkan harta benda.
5. Membuat sebuah rumah untuk penyimpanan harta kaum muslimin (perbendaharaan negara).
6. Membuat pecahan wang dirham dan menentukan timbangannya.
7. Mengambil zakat kuda.
8. Mewajibkan pengeluaran harta bagi suatu bangsa.
9. Menentukan nafkah anak jalanan diambil dari BaitulMal.
10. Mengukur tanah dan membatasi jaraknya.
11. Membahagi-bahagi makanan di berbagai negeri.
12. Membuat sebuah rumah tetamu, digunakan untuk menyambut para utusan.
13. Mendirikan tempat istirehat di antara negeri-negeri dan di jalan-jalan.
14. Melaksanakan pinjaman wang dari Baitul Mal kepada siapa saja yang ingin berdagang.
15. Membasmi penimbun makanan.
16. Membuat tempat yang terlindung untuk mengembala unta dan lembu.

Dalam tempoh 10 tahun 6 bulan 4 hari, Khalifah Umar berjaya menakluk seluruh kawasan Iraq, Syam, Al-Quds, termasuk Masjidil Aqsa, Mesir, dan Azerbajian. Hebat Khalifah Islam kita.


Bersambung...(Rujukan dari 4 Pemimpin Ajaib Khulafa'Ar Rasyidin by Umar Hafiz)


^^
Atokk Naqib
Sekian...

Tuesday, 21 May 2013

Penakluk Al-Aqsa (Part 2) ^^

Assalamualaikum



Sesaat Umar diislamkan, Umar bertanya kepada Rasulullah SAW, "Bukankah kita berada di atas kebenaran?" Nabi SAW menjawab, "Benar." Umar kembali bertanya, "Bukankah mereka berada di atas kebatilan." Nabi SAW menjawab, "Benar." Umar berkata, "Lalu, mengapa harus bersembunyi?" Nabi SAW kemudian balik bertanya kepadanya, "Apa pendapatmu, wahai Umar?" Umar menjawab, "Wahai Rasulullah, kita keluar dan mengumumkan islam dijalan-jalan Makkah hingga kita bertawaf di Kaabah." Nabi SAW lalu berkata, "Baik, wahai Umar."
Dua kelompok kaum muslimin dibahagikan yang diketuai oleh Singa Allah iaitu Hamzah bin Abdul Muthalib dan Umar bin Khattab sambil bertakbir "Allahu Akhbar Wa Lillahil Hamd" hingga mereka bertawaf mengelilingi kaabah.
Umar mula merasa kenikmatan apabila berada di jalan kebenaran bersama Nabi SAW sehingga memberitahukan keislamannya kepada penduduk sekitar kaabah malah kepada para pemuka kafir yang lain seperti Abu Jahal dan Abu Sufian.
Tiada siapa yang berani menghalang Umar pada ketika itu.
Umar mengumpulkan anak-anaknya untuk diberitahu akan keislamannya dan memerintahkan kepada anaknya untuk beriman kepada Allah semata-mata.
Abdullah yang merupakan anak kepada Umar memberitahukan rahsia keislamannya yang sudah 1 tahun lamanya.
Umar amat kecewa dan marah kepadanya yang membiarkan ayahnya selama itu dalam kesesatan dan sejurusnya dicampaknya umar anak itu.
Sebelum penghijrahan Nabi SAW ke madinah, hanya Umar bin Khattab yang berani melakukan hijrah secara terang-terangan berbanding sahabat lain yang berhijrah secara tersembunyi.
Bagi Umar, penghijrahan Nabi SAW adalah satu syiar.
Kekuatan dan kemuliaan ialah suatu pilihan Umar untuk berhijrah.
Selepas selesai Umar bertawaf dan mengerjakan solat sunat dua rakaat, dengan berpedang, busur dan anak panahnya dengan tegas berkata "Barangsiapa yang menginginkan anaknya menjadi yatim, ibunya celaka dan isterinya menjadi janda, maka hendaklah dia menemuiku dibalik lembah ini. Sesungguhnya, esok aku akan berhijrah."
Mendengar penuturannya tersebut, tidak seorang pun yang sanggup berkata.
Esok harinya, dia berhijrah bersama 20 kaum dhu'afa dari kaum muslimin setelah mereka berada berdekatan dengan Umar dan dalam perlindungannya.
Umar adalah seorang yang berani dan kuat dalam peperangan.
Peperangan Badar antara perang yang disertainya menentang kaum kafir.
Demi agama yang benar yang dipercayainya, semua kerabatnya yang kafir diratah dengan pedangnya termasuk bapa saudaranya sendiri iaitu Al-Ash bin Hisyam.
Dari perang ini juga, teringatnya Umar kepada kata-kata Rasulullah yang benar terjadi pada Suhail bin Amru yang pernah Umar menginginkan untuk mencabut gigi-giginya Suhail iaitu perkataan Rasulullah terhadap Suhail yang akan berdiri di posisi yang Umar akan puji.
Benarlah kata-kata Rasulullah itu terjadi apabila Suhail berdiri di hadapan penduduk Mekkah berpidato kepada mereka tatkala mereka hampir murtad.
Umar adalah seorang yang tegas.
Pada satu ketika di dalam pertemuan perjanjian Hudaibiyah, Umar amat marah terhadap tindakan ketidak adilan yang dilakukan oleh kaum musyrikin di dalam perjanjian tersebut sehingga ia terpaksa berbalah bersama sahabat mahupun Nabi SAW.
Dan turunnya surah Al Fath ayat 1-3 membawa saksi bahawa kemenangan akan datang kepada golongan yang benar.
Maka dengan itu, bersaksikan mata Umar melihat berbondong-bondong orang yang masuk islam dan mengerti bahawa peristiwa tersebut adalah sebuah kemenangan dan membuatkan Umar bertambah yakin kepada pegangannya.
Bukanlah sahaja tegas pendiriannya itu tersaksi, malah sebenarnya kasih sayangnya kepada Allah dan Rasulullah amatlah besar baginya.
Sehingga Umar menangis kerana takut pada Allah sehingga memberi bekas dua garis hitam pada bawah kedua matanya.
Sehingga satu hari pada ketika Umar ingin mengenakan hukuman pada seorang lelaki yang berbuat dosa, lelaki itu menyesal dan mengingatkan umar kepada Allah.
Lantas itu, Umar berhenti untuk memukulnya dan meninggalkan lelaki itu kerana mengingatkan kepada allah.
Peristiwa itu, Nabi SAW mengkhabarkan bahawa penghuni langit merasa gembira atas keislaman Umar.
Kecintaannya kepada Nabi SAW amatlah manis buatnya kerana hidayah daripada Allah telah sampai kepadanya berdasarkan yang diutuskan kepadanya Nabi SAW.
Demi mencapai Syurga Firdaus Al-Ala, Umar sedar bahawa kecintaannya pada Nabi SAW adalah bermakna sekali daripada dirinya sendiri.
Demikian juga kita dapat tahu bahawa Umar lebih menyayangi keluarga Nabi SAW melebihi keluarganya sendiri.
Sebelum Nabi SAW wafat, sempat juga Nabi SAW mengatakan khabar gembira kepada Umar berupa syurga sehingga mimpi syurganya termasuk ke dalam mimpi Nabi SAW akan istana yang berada di syurga telah dibina khas buatnya.
Keadaan Nabi SAW tertawa lebih apabila disamping Umar
Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah menetapkan kebenaran atas lisan dan hati Umar. Dia adalah Al-Faruq dan dengannya Allah membezakan antara yang hak dan yang batil."


Bersambung...(Rujukan dari 4 Pemimpin Ajaib Khulafa'Ar Rasyidin by Umar Hafiz)


^^
Atokk Naqib
Sekian...


Saturday, 18 May 2013

Penakluk Al-Aqsa (Part 1) ^^

Assalamualaikum


"Wahai Amirul Mukminin, aku sampaikan khabar gembira berupa syurga. Engkau telah berhijrah secara terang-terangan, engkau telah menolong agama islam, dan kaum muslimin telah dapat melaksanakan solat di kaabah sejak engkau masuk islam, padahal mereka tidak dapat melakukannya sebelum engkau masuk islam. Rasulullah SAW dan Abu Bakar RA telah wafat sedangkan keduanya telah redha terhadapmu. Maka, aku sampaikan khabar gembira berupa syurga."

Umar bin Khattab bin Nufail bin Abdullah bin Ka'ab bin Luay bin Fihr adalah nama beliau dan memiliki tiga gelaran iaitu Abu Hafsh, Al Faruq(pembeza) dan Amirul Mukminin.
Umar RA dilahirkan sesudah tahun gajah, selisih tiga belas tahun. Tatkala Nabi SAW diutus, usianya mencapai dua puluh tujuh tahun.
Umar bin Khattab RA adalah orang yang berwatakan tinggi sekali.
Lengannya berotot dan keras, badannya gemuk.
Wajahnya tampan, kepalanya botak.
Tempat minumnya berwarna merah.
Gaya jalannya sangat cepat, seakan-akan berjalan di tempat yang turun dan boleh mengira seperti sedang naik kenderaan.
Dia seorang kidal.
Apabila berbicara, semua barisan akan mendengar lantaran suaranya yang lantang.
Mengenai warna kulitnya, terjadi perbezaan pendapat. Ada yang mengatakan bahawa kulitnya berwarna putih kemerah-merahan dan ada pula yang mengatakan bahawa warna kulitnya berwarna coklat.

Sebelum keislaman beliau, Umar merupakan musuh bagi umat islam yang pernah memerangi, menghalangi dan menjauhkan manusia dari Nabi SAW.
Hatinya sungguh keras kepada Islam sehinggakan kaum muslimin pun merasa takut dan menjauhinya sejauh-jauhnya.
Rancangan Umar untuk membunuh Nabi SAW semakin memuncak apabila melihat jumlah kaum muslimin semakin bertambah apatah lagi diberitahu bahawa adiknya sendiri yang mengikuti Nabi SAW.
Lantas Umar pergi ke rumah adiknya dan melihat adiknya di ajar membaca Al Quran oleh Khabab bin Al Arat bersama suaminya, Sa'id bin Zaid lalu mencengkam leher Sa'id bin Zaid dengan geram berkata "Sesungguhnya engkau telah keluar dari agamamu dan mengikuti agama Muhammad."
Sa'id lalu menjawab, "Wahai Umar! Apakah engkau melihat jika kebenaran itu terletak pada selain agamamu?"
Umar menolak dan menghentak Sa'id hingga jatuh ke tanah lalu memukulnya dari atas selepas mendengar penuturannya tadi.
Fatimah datang membela suaminya dan ditampar oleh Umar sehingga mengalir darah dari wajahnya.
Fatimah mengulangi pertuturan suaminya tadi sambil memegang Al Quran.
Umar menjadi luluh apabila melihat beralir darah dari wajah adiknya dan pergi menyucikan diri seperti apa yang diperintahkan adiknya sekiranya ingin memegang Al Quran.
Surah Taha 1-8 menjadi pelindung hatinya yang gelap dengan kekafirannya selama ini apabila dibacanya setelah diberi Al Quran kepadanya sambil berkata "Kalimat ini tidak mungkin diucapkan oleh seorang pun, kecuali Rabb semesta alam."
Umar meminta Fatimah untuk membawa ke tempat persembunyian Nabi SAW.
Keluarlah Khabab yang ditenangkan oleh Fatimah dan berkata "Wahai Umar, baginda SAW berada di rumah Arqam bin Abi Arqam," dan diberitahunya bahawa Nabi SAW telah berdoa kepada Allah, "Ya Allah, muliakanlah islam dengan salah seorang dari dua Umar. Iaitu, Umar bin Khattab atau Amru bin Hisyam."
Setelah mendengar Khabab berbicara seperti tadi, lantas terus Umar pergi ke rumah Arqam.
Apabila sampai di rumah Arqam, Nabi SAW menemuinya dan memegang bajunya serta menggetarkannya dengan keras sehingga jatuhlah kedua lutut Umar.
 Nabi SAW kemudia berkata kepadanya, "Apakah sekarang engkau telah memeluk islam wahai Ibnu Khattab?"
Berhadapan di mata Nabi SAW, Umar mengucapkan dua kalimah Syahadah, "Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah dan saya bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah."
Peristiwa itu menjadi sejarah perjuangan islam setelah dikatakan seorang singa ditakuti manusia mahupun jin telah memeluk islam.
Sejurus itu, ucapan takbir pun menggema. Takbirr!! AllahuAkhbar!!


Bersambung...(Rujukan dari 4 Pemimpin Ajaib Khulafa'Ar Rasyidin by Umar Hafiz)



^^
Atokk Naqib
Sekian...

Sahabat Yang Setia (Part 2) ^^

Assalamualaikum




As siddiq yang teguh pendiriannya pergi ke rumah baginda untuk mendapatkan kebenaran berita kewafatan Nabi SAW.
Lantas berikut, Abu Bakar memeluk dan mencium di antara kedua mata Nabi SAW seraya berkata, "Wahai Rasulullah! Engkau hidup dengan baik dan engkau mati dengan baik pula." Dia terus-menerus mengucapkan, "Duhai kekasih, duhai teman terbaik, duhai kekasih, duhai Nabi."
Dengan lantang suara As Siddiq berkata kepada sahabatnya di masjid "Wahai sekalian manusia, barangsiapa yang menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad telah mati. Dan barangsiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah Maha Hidup dan tidak akan pernah mati."


Pada ketika itu Umar yang naik berang mendengar kata-kata Abu Bakar itu yang tidak pernah beliau dengari, terjatuh pedang yang dipegangnya dan menuju ke sesuatu untuk menangis bersendirian. Akhirnya, Baginda dikuburkan oleh para sahabat di tempat tidur Saidatina Aisyah RA.
Timbullah persengketaan dalam mencari pengganti kedudukan khalifah bagi umat islam pada masa itu.
Berlaku perbahasan di antara suku kaum Aus dan Umar untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Antara calon yang dipilih oleh mereka adalah Sa'ad bin Ubadah yang merupakan pilihan Suku Aus, Abu Ubadah bin Jarrah dan Abu Bakar sebagai pilihan Umar.
Akhirnya, perbahasan berakhir apabila salah seorang dari suku khazraj iaitu Basyir bin Sa'ad telah memilih Abu Bakar sebagai pengganti. Perlantikan tersebut dipersetujui oleh Umar lantas sahabat-sahabat berbaiatnya sebagai khalifah. Suasana menjadi tenang dengan perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah.

Antara perkara yang diperjuangkan semasa pemerintahannya adalah :
- Memerangi kaum Riddah(Murtad)
- Mengembalikan seluruh Jazirah Arab kepada Islam
- Penaklukan Persia dan Romawi
- Menghimpun Al-Quran
- Menyelesaikan masalah umat yang enggan membayar zakat(Umar mengisyaratkan kepada Abu Bakar supaya membiarkan mereka yang enggan membayar zakat tetapi perkataan Umar dipatahkan oleh Abu Bakar dengan berkata "Demi Allah, sekiranya mereka menahan anak kambing betina yang dulu mereka pernah membayarkannya kepada Rasulullah, nescaya aku akan memerangi mereka lantaran hal itu. Demi Allah, andai kata yang tersisa hanya Abu Bakar, nescaya aku akan berperang di jalan Allah hingga agama ini kembali sebagaimana yang diinginkan oleh Rasulullah SAW, atau kemaluanku dipotong.")

Perjuangan Abu Bakar sebagai Khalifah pada masa itu hanya bergantung kepada Sunnah yang ditinggalkan Rasulullah SAW.
As siddiq masih menetapkan Sunnah Rasulullah SAW walaupun ada sahabat yang tidak setuju.
Taatnya Abu Bakar kepada sunnah peninggalan Rasulullah SAW sebagai pengganti Rasulullah sebagai pemimpin umat.
Abu Bakar lebih mengajak umat islam pada zamannya untuk memerangi kaum Riddah yang berasal dari Jazirah arab.
Sekitar dua tahun dari Khalifahan As Siddiq, seluruh jazirah telah kembali kepada islam.

Genap dua tahun kekhalifahannya,
Satu hari As Siddiq bertanya kepada manusia, "Hari apa ini?" Isnin," jawab mereka.
 Dia bertanya lagi, "Hari apakah Nabi SAW wafat?" Mereka kembali menjawab, "Isnin."
Kemudian dia berkata, "Ya Allah, matikanlah aku pada malam ini" Dia bertanya kembali kepada mereka,
"Berapakah kain kafan yang dikenakan pada Rasulullah?" Mereka menjawab, "Tiga."
Kemudian dia menyuruh orang-orang untuk menyiapkan kain kafan baginya dan agar kelak dimandikan oleh isterinya, Asma' binti Umais.
Kewafatan Abu Bakar disaksikan oleh para sahabat dengan kalimat yang terakhir yang diucapkannya sebelum beliau wafat adalah, "Matikanlah aku dalam keadaan muslim dan masukkan aku dikalangan orang-orang soleh."
Umar bin Khattab kemudian mensolatinya dan seluruh Madinah pun menangis dan dikuburkan bersama Rasulullah SAW.
Kewafatannya menimbulkan rasa terharu setelah perjuangan beliau bertungkus lumus membawa Rasulullah SAW di mata umat.
Beliau lah Abu Bakar As Siddiq yang membenarkan dakwah Rasulullah .
Engkaulah seperti gunung yang tak tergoyahkan oleh badai dan tak terhempaskan oleh perpecahan.
Terima Kasih Khalifah Rasulullah SAW ~


(Rujukan dari 4 Pemimpin Ajaib Khulafa'Ar Rasyidin by Umar Hafiz)



^^
Atokk Naqib
Sekian...

Sahabat Yang Setia (Part 1) ^^

Assalamualaikum






Rasulullah SAW bersabda :
"Wahai sekalian manusia, aku datang membawa agama ini lalu manusia berkata, 'Engkau berdusta'. sedangkan Abu Bakar berkata, 'Engkau benar'. Abu Bakar telah menolongku dengan dirinya, harta, dan keluarganya... maka apakah kalian akan meninggalkan sahabatku?"

As-Siddiq adalah gelaran yang terkenal yang diberikan kepada sahabat nabi yang paling setia ini iaitu Abu Bakar RA kerana membenarkan Rasulullah SAW saat berlaku peristiwa Israk Mikraj pada hari di mana penduduk Makkah mendustakannya. 

Nama sebenar beliau adalah Abdullah Ibnu Abu Quhafah. 
Dilahirkan beberapa bulan dua tahun selepas tahun gajah. 
Berasal dari Bani Tamim, yang merupakan salah satu inti dari suku Quraisy. 
Usianya 2 tahun lebih muda daripada Nabi Muhammad SAW. 
Seorang yang mempunyai susuk badan yang kurus, kecil kedua betisnya, tipis daging pipinya, cekung kedua matanya, tidak tinggi juga tidak pendek, dan badannya sedikit bongkok. 
Janggutnya berwarna putih dan dia mencelupnya dengan inai. Dahinya sangat jelas (menonjol), hidungnya mancung. 
Sifat ini berlainan dengan ciri manusia lainnya.

Antara sifat-sifat peribadi yang ada pada As Siddiq adalah tidak pernah sujud pada berhala, Tidak pernah minum khamr dan disenangi semua orang. 

As Siddiq melengkapkan Syahadahnya di depan Nabi SAW tanpa rasa pertimbangan,dan ragu-ragu kerana cintanya kepada kebenaran yang dibawa oleh Nabi SAW. 
As Siddiq adalah orang yang pertama masuk islam dari golongan lelaki. 
Dengan hanya sedikit kalimat yang dikeluarkan dari mulut Nabi SAW, Beliau lantas menyebarkan Islam kepada masyarakat dan antara sahabat yang memperoleh hidayah dari tangannya sendiri ialah Sa'ad bin Abi Waqash, Zubair bin Awwam, Thalhah bin Ubaidillah, Abu Ubaidah bin Jarrah, Abdurrahman bin 'Auf dan Uthman bin Affan. 
As siddiq adalah antara manusia yang paling benar dan teguh keimanannya seperti diriwayatkan oleh Nabi SAW sendiri.
Nabi SAW bersabda juga, "Sekiranya iman umat ini diletakkan di satu piringan timbangan dan iman Abu Bakar diletakkan dipiringan timbangan yang lain, nescaya keimanan Abu Bakarlah yang lebih kuat. Nabi SAW juga pernah bersabda, "Tidaklah Abu Bakar mengungguli kamu dengan banyaknya mengerjakan solat dan puasa, tetapi dia mengungguli kamu dengan sesuatu yang menetap di dalam hatinya."

Kecintaan As Siddiq amatlah tinggi kepada Nabi SAW berbanding orang lain sehingga satu kisah yang berlaku kepada Nabi SAW yang disakiti oleh kaum kafir Quraisy dan datanglah Abu Bakar menghalangi perbuatan kafir quraisy tersebut.

Hal itu menyebabkan Abu Bakar diserang oleh mereka sehingga membengkak dan mengalirkan darah dari wajah Abu Bakar. 
Abu Bakar berusaha mencari Nabi SAW selepas beliau pengsan dan dibawa oleh orang-orang Bani Tamim ke rumahnya dengan berasa kerisauannya terhadap Nabi SAW seraya berkata "Demi Allah, aku tidak akan makan dan minum hingga aku melihat baginda sendiri." 
Akhirnya Abu Bakar bertemu Nabi SAW di rumah Al-Arqam bin Abi Arqam dengan rasa hiba dan kasihan baginda melihat keadaan Abu Bakar lantas baginda mendamping dan memeluk Abu Bakar. 
As Siddiq dicintai oleh semua sahabat malahan Nabi SAW sendiri yang berdiri di sebelahnya melebihi kecintaannya dari sahabat lain. 
Sehingga kecintaan Nabi SAW kepada Abu Bakar terserlah apabila memarahi Umar kerana memarahi Abu Bakar yang merupakan seorang As Siddiq kepada jalan dakwah baginda. 
Sikap Tawadu' nya terserlah apabila meminta kepada Nabi SAW bahawa mengasihi Umar dan mangaku beliau telah berlaku zalim kepada sahabatnya sendiri. 
Semenjak dari itu, Abu Bakar tidak pernah disakiti lagi.

Pada akhir titian nafas baginda, amanat diberi oleh Nabi SAW cukup memberi kesan yang mendalam kepada sahabatnya setelah kerisauan sahabat terhadap kesihatan Nabi SAW. 

Lantas amanat itu difahami oleh Abu Bakar dan mulai menangis dan suara tangisannya meninggi seraya berkata lantang, "Aku telah menebusmu dengan ayahku, aku telah menebusmu dengan ibuku, aku telah menebusmu dengan anakku, dan aku telah menebusmu dengan hartaku, wahai rasulullah."
Perbuatan Abu Bakar yang memutuskan ucapan Nabi SAW telah diingkari oleh para sahabat tetapi Nabi SAW menyebelahinya.  
Pintu rumah sahabat semuanya ditutup untuk dihadapkan ke arah masjid kecuali pintu rumah Abu Bakar sambil itu Nabi SAW berdoa untuk sahabat2 baginda. 
Setelah itu, Nabi SAW dibawa ke rumah dan menyuruh Abu Bakar untuk mendirikan solat bersama kaum muslimin. 
Saidatina Aisyah kemudian meminta agar Umar bin Al Khattab yang menjadi imam.
Ketika Nabi SAW mengetahui hal itu, baginda berkata "Bukankah aku telah mengatakan agar Abu Bakar solat bersama manusia. 
Allah dan kaum muslimin menolak hal ini, Perintahlah Abu Bakar agar solat bersama manusia."
Abu Bakar kemudian solat bersama manusia dan keadaan itu dilihat oleh Nabi SAW yang tersenyum.
Kelihatan tersenyum baginda melihat Abu Bakar mengimamkan solat bersama kaum muslimin lalu baginda kembali ke rumahnya seraya berkata, "Bal Rafiqul'Ala." 
Kemudian baginda meletakkan kepalanya di atas riba Aisyah. Aisyah berkata, "Baginda terus-menerus mengucapkan "Bal Rafiqul A'la" kemudian tangan baginda menjuntai ke bawah dan kepala baginda terasa berat berada di atas ribaku. 
Maka, aku tahu bahawa baginda telah wafat." 
Melalui peristiwa ini juga, Nabi SAW bergembira melihat Abu Bakar mengimamkan kaum muslimin atau kata lain meredhai Abu Bakar sebagai pemimpin mereka. 




Bersambung...(Rujukan dari 4 Pemimpin Ajaib Khulafa'Ar Rasyidin by Umar Hafiz)



^^
Atokk Naqib
Sekian...


Wednesday, 8 May 2013

Sahih ^^

Assalamualaikum

Hadis riwayat Ibnu Umar ra.: 
Dari Nabi saw. bahwa beliau bersabda: Ketahuilah! Masing-masing kamu adalah pemimpin, dan masing-masing kamu akan dimintai pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. Seorang raja yang memimpin rakyat adalah pemimpin, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin anggota keluarganya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap mereka. Seorang istri juga pemimpin bagi rumah tangga serta anak suaminya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang budak juga pemimpin atas harta tuannya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpinnya. Ingatlah! Masing-masing kamu adalah pemimpin dan masing-masing kamu akan dimintai pertanggungjawaban atas apa yang dipimpinnya 
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 3408



http://www.smileycodes.infohadis tersebut berkata bahawa termaktublah kita sebagai manusia yang diciptakan oleh allah adalah lain tak bukan hanyalah untuk menjadi seorang pemimpin,
pergilah kita kemana sahaja,
http://www.smileycodes.infokitalah pemimpin di dunia ini,
tetapi yang paling besar pemimpin dan sebaik-baik pemimpin adalah menjadi pemimpin bagi manusia lain,
kerana apa ?
kerana pemimpin ini lah ketua bagi pemimpin-pemimpin di dunia ini iaitu manusia di dunia,
besarnya pengorbanan setiap manusia yang dipilih sebagai pemimpin besar itu,
http://www.smileycodes.infoNabi kata pertanggungjawablah dengan apa yang kamu pimpin,
adakah kita akan bertanggungjawab dengan apa yang kita pimpin selama di dunia?
adakah ia mengikut syariat yang allah perintahkan mahupun nabi ?

Hadis riwayat Ibnu Umar ra.: 

Dari Nabi saw. beliau bersabda: Kewajiban seorang muslim adalah mendengar dan taat dalam melakukan perintah yang disukai atau pun tidak disukai, kecuali bila diperintahkan melakukan maksiat. Bila dia diperintah melakukan maksiat, maka tidak ada kewajiban untuk mendengar serta taat 
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 3423


http://www.smileycodes.infomaka di sini, 
pemimpin wajib dipilih oleh golongan yang adil dan taat dengan perintah allah,
pemimpin yang taat kepada allah, 
mereka dapat mengelakkan daripada mendidik rakyatnya daripada melakukan maksiat malah dapat mencegahnya,
http://www.smileycodes.infoserta dapat mengharmonikan kehidupan manusia lain di dunia supaya ingat kepada perintah allah swt,
inikan dapat menaikkan hukum allah,
peranan pemimpin besar ini yang paling penting seperti apa yang diriwayatkan

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: 

Dari Nabi saw. beliau bersabda: Sesungguhnya seorang pemimpin itu merupakan perisai, rakyat akan berperang di belakang serta berlindung dengannya. Bila ia memerintah untuk takwa kepada Allah azza wa jalla serta bertindak adil, maka ia akan memperoleh pahala. Namun bila ia memerintah dengan selainnya, maka ia akan mendapatkan akibatnya 
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 3428


http://www.smileycodes.infoRakyat akan menjadi derhaka kepada allah sekiranya mereka melawan pemimpin yang menegakkan islam di dalam kerajaan,
kerana pemimpin tersebut adalah ibarat apa yang dipimpin oleh nabi,
http://www.smileycodes.infokesimpulannya, janganlah kita menolak isu2 dalam memilih seorang pemimpin,
ini adalah hal serius bagi kita semua
kerana pemimpin yang bertakwa tidak akan memilih dirinya sendiri sebagai pemimpin manusia,
http://www.smileycodes.infoIa adalah terletak kepada tangan manusia lain untuk memilih pemimpin yang bertakwa di kalangan mereka,
dan akhir sekali hayatilah sepotong ayat al quran ini



http://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.info

وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. 

(Al-Ma'idah : 51)

^^
http://www.smileycodes.info
Atokk Naqib
Sekian...

Tuesday, 7 May 2013

satu satu saya sayang...? gwiyomi? =="

Assalamualaikum

http://www.smileycodes.infoJomm cite pasal orang yang patut kita cintai di dalam dunia ini
emm..siapa ye ?
http://www.smileycodes.info 1. Allah SWT
2. Nabi Muhammad SAW
3. Ibu
http://www.smileycodes.info4. Bapa
5. agak2 siapa ? cuba teka ?
haa i want to talk somebody in number 5 that we have to love ...
they are......
orang yang alim dengan ilmu agama...
actually we talked about Ulama/ustaz/tok guru or any same name
di dalam dunia, mengapa kita perlu cintai mereka walaupun mereka tidak sedarah dengan kita?
mereka manusia biasa macam kita juga,

http://www.smileycodes.infoapa yang membuat mereka special kepada kita ialah seorang penyampai amanat Allah dan Rasulullah,
seorang yang suka nasihat-menasihati kepada masyarakat lain,
seorang yang mempunyai ilmu tentang agama,
mereka ini lah dipanggil waris nabi,
dan nabi pernah meriwayatkan :
Daripada Abu Darda’ r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi. Nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. Siapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna."
http://www.smileycodes.infoapa yang penting di sini, kehidupan kita di dunia bukanlah sentiasa diredhai oleh allah,
http://www.smileycodes.infokita sentiasa alpa atau lalai dengan keduniaan,
http://www.smileycodes.infodi dalam kehidupan kita yang berkacau bilau, mereka inilah telah datang menemui kita menyampaikan kebenaran,
menyeru manusia berbalik kepada Al quran, 
berbalik kepada Rasulullah, 
berbalik kepada Allah,

http://www.smileycodes.infomerekalah juga yang telah mengingatkan kita kepada mati,ajal,syurga ataupun neraka supaya kita balik kepada kejadian kita di atas muka bumi atas tujuan apakah,



Dan Nabi pernah meriwayatkan :
Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Kelebihan seorang berilmu dengan seorang abid adalah seperti kelebihanku dengan orang paling rendah darjatnya dikalangan kamu."

Yang paling penting juga, kita tidak pernah melihat Rasulullah dan tidak pernah mendengar apa yang Rasulullah riwayatkan,
http://www.smileycodes.infoSekurang-kurangnya mereka ini seorang yang berusaha keras untuk mendapatkan ilmu dari serata dunia hanya untuk menolong kita untuk berbalik kepada kebenaran yang sering lalai dengan keduniaan,
http://www.smileycodes.infoApalah nasib kita di akhirat kelak sebagai umat Rasulullah yang tidak berkesempatan mendengar amanat Rasulullah dari mulutnya sendiri,
Bersyukurlah kita kepada allah kerana telah dikurniakan golongan penolong seperti Ulama di dalam setiap negeri hanya untuk mengingatkan kita kepada akhirat di samping kita mengejar dunia,
http://www.smileycodes.infosay "We Love Ulama" ^.^
sayangilah ulama di negeri kita ^^




^^
http://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.info

Atokk Naqib
Sekian...

Waras dok ? ^^

Assalamualaikum

http://www.smileycodes.infoalhamdulillah !
sebagai manusia yang diciptakan oleh allah dan diberi nikmat yang terbesar iaitu Islam
http://www.smileycodes.infowajiblah kita melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana telah memilih kita dibukakan mata menjadi seorang yang di sisi Allah,
bangun2 daripada dilahirkan dari perut ibu, kasihnya Allah kepada kita di dalam keadaan di azankan oleh bapa kita,
tetapi hidup dari bayi lagi, kita sendiri tidak pernah memikirkan itu akan berlaku pada kita,
http://www.smileycodes.infotidak meminta untuk dilahirkan,
http://www.smileycodes.infotapi kasihnya Allah kepada kita meringankan beban kepada kita sebagai seorang yang beragama islam,
bukanlah nak diterangkan bahawa Allah itu tidak kasih pada mereka yang dilahirkan kafir,
tapi Allah itu Maha Adil dan Maha Bijaksana,
Allah itu kasih pada semua orang,
seperti contoh Allah memberi rezeki lebih banyak kepada orang kafir berbanding kita walaupun mereka tidak kenal kepada tuhan sebenar mereka,
Itu satu dugaan dan ujian kepada kita,
adakah kita akan timbulkan isu Allah itu adil atau tidak adil?
http://www.smileycodes.infountungnya mereka yang Islam kurang diberi rezeki berbanding bukan islam tetapi kelak kalau kamu istiqamah dengan perintah Allah, Allah melipat kali gandakan untung kamu di akhirat kelak,
http://www.smileycodes.infoAllah letakkan manusia di dunia nak bagi suruh mereka berpikir gunakan akal yang waras dan sihat,
pikir hok mana betul dan hok mana salah,
http://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.infodan tiba pada masa akhirat kelak, allah akan tentukan siapa untung dan rugi,
Allah Maha Berkuasa !
Allah lah penentu bagi masa depan manusia,
Allah lah yang menurunkan hidayah kepada manusia,
http://www.smileycodes.infotapi adakah kita tahu Allah pemilik segalanya dan penentu masa depan kita tapi kita tidak lakukan apa yang Allah inginkan ?
http://www.smileycodes.infoCumanya Allah inginkan manusia itu berfikiran secara waras di mana jalan yang membawa lebih kebaikan kepada manusia,
Allah mahukan kita taat kepada perintahNya,
Allah sudah turunkan Nabi kepada kita untuk diberi peringatan dan nasihat,
http://www.smileycodes.infoIngatlah dunia hanya sementara, Allah hanya turunkan minimum nikmat kepada manusia di dunia
Allah akan beri semaksimumnya nikmat kepada kita apabila kita di akhirat kelak,
kalau itu kamu taat pada perintahNya di dunia
http://www.smileycodes.info
^^
http://www.smileycodes.info
Atokk Naqib
Sekian...