Saturday, 18 May 2013

Penakluk Al-Aqsa (Part 1) ^^

Assalamualaikum


"Wahai Amirul Mukminin, aku sampaikan khabar gembira berupa syurga. Engkau telah berhijrah secara terang-terangan, engkau telah menolong agama islam, dan kaum muslimin telah dapat melaksanakan solat di kaabah sejak engkau masuk islam, padahal mereka tidak dapat melakukannya sebelum engkau masuk islam. Rasulullah SAW dan Abu Bakar RA telah wafat sedangkan keduanya telah redha terhadapmu. Maka, aku sampaikan khabar gembira berupa syurga."

Umar bin Khattab bin Nufail bin Abdullah bin Ka'ab bin Luay bin Fihr adalah nama beliau dan memiliki tiga gelaran iaitu Abu Hafsh, Al Faruq(pembeza) dan Amirul Mukminin.
Umar RA dilahirkan sesudah tahun gajah, selisih tiga belas tahun. Tatkala Nabi SAW diutus, usianya mencapai dua puluh tujuh tahun.
Umar bin Khattab RA adalah orang yang berwatakan tinggi sekali.
Lengannya berotot dan keras, badannya gemuk.
Wajahnya tampan, kepalanya botak.
Tempat minumnya berwarna merah.
Gaya jalannya sangat cepat, seakan-akan berjalan di tempat yang turun dan boleh mengira seperti sedang naik kenderaan.
Dia seorang kidal.
Apabila berbicara, semua barisan akan mendengar lantaran suaranya yang lantang.
Mengenai warna kulitnya, terjadi perbezaan pendapat. Ada yang mengatakan bahawa kulitnya berwarna putih kemerah-merahan dan ada pula yang mengatakan bahawa warna kulitnya berwarna coklat.

Sebelum keislaman beliau, Umar merupakan musuh bagi umat islam yang pernah memerangi, menghalangi dan menjauhkan manusia dari Nabi SAW.
Hatinya sungguh keras kepada Islam sehinggakan kaum muslimin pun merasa takut dan menjauhinya sejauh-jauhnya.
Rancangan Umar untuk membunuh Nabi SAW semakin memuncak apabila melihat jumlah kaum muslimin semakin bertambah apatah lagi diberitahu bahawa adiknya sendiri yang mengikuti Nabi SAW.
Lantas Umar pergi ke rumah adiknya dan melihat adiknya di ajar membaca Al Quran oleh Khabab bin Al Arat bersama suaminya, Sa'id bin Zaid lalu mencengkam leher Sa'id bin Zaid dengan geram berkata "Sesungguhnya engkau telah keluar dari agamamu dan mengikuti agama Muhammad."
Sa'id lalu menjawab, "Wahai Umar! Apakah engkau melihat jika kebenaran itu terletak pada selain agamamu?"
Umar menolak dan menghentak Sa'id hingga jatuh ke tanah lalu memukulnya dari atas selepas mendengar penuturannya tadi.
Fatimah datang membela suaminya dan ditampar oleh Umar sehingga mengalir darah dari wajahnya.
Fatimah mengulangi pertuturan suaminya tadi sambil memegang Al Quran.
Umar menjadi luluh apabila melihat beralir darah dari wajah adiknya dan pergi menyucikan diri seperti apa yang diperintahkan adiknya sekiranya ingin memegang Al Quran.
Surah Taha 1-8 menjadi pelindung hatinya yang gelap dengan kekafirannya selama ini apabila dibacanya setelah diberi Al Quran kepadanya sambil berkata "Kalimat ini tidak mungkin diucapkan oleh seorang pun, kecuali Rabb semesta alam."
Umar meminta Fatimah untuk membawa ke tempat persembunyian Nabi SAW.
Keluarlah Khabab yang ditenangkan oleh Fatimah dan berkata "Wahai Umar, baginda SAW berada di rumah Arqam bin Abi Arqam," dan diberitahunya bahawa Nabi SAW telah berdoa kepada Allah, "Ya Allah, muliakanlah islam dengan salah seorang dari dua Umar. Iaitu, Umar bin Khattab atau Amru bin Hisyam."
Setelah mendengar Khabab berbicara seperti tadi, lantas terus Umar pergi ke rumah Arqam.
Apabila sampai di rumah Arqam, Nabi SAW menemuinya dan memegang bajunya serta menggetarkannya dengan keras sehingga jatuhlah kedua lutut Umar.
 Nabi SAW kemudia berkata kepadanya, "Apakah sekarang engkau telah memeluk islam wahai Ibnu Khattab?"
Berhadapan di mata Nabi SAW, Umar mengucapkan dua kalimah Syahadah, "Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah dan saya bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah."
Peristiwa itu menjadi sejarah perjuangan islam setelah dikatakan seorang singa ditakuti manusia mahupun jin telah memeluk islam.
Sejurus itu, ucapan takbir pun menggema. Takbirr!! AllahuAkhbar!!


Bersambung...(Rujukan dari 4 Pemimpin Ajaib Khulafa'Ar Rasyidin by Umar Hafiz)



^^
Atokk Naqib
Sekian...

No comments:

Post a Comment