
tik.tok.tik.tok sudah sampai ke bulan Ramadhan setelah menghadapi bulan-bulan sebelumnya iaitu bulan Rejab dan Sya'ban,bulan Ramadhan adalah pelengkap bagi bulan Rejab dan Sya'ban,
Seperti yang kita tahu,
Bulan Ramadhan adalah bulan dimana diwajibkan ke atas muslim dan muslimah untuk berpuasa mengikut kehendak Allah SWT,adakah kamu mengetahui apakah kehendak lain yang Allah inginkan kepada hambanya di Bulan Ramadhan ?
yang mereka tahu adalah PUASA,
lepas PUASA, RAYA pula,
Tambahan lagi, mereka hanya mewajibkan ke atas mereka untuk menahan lapar dan dahaga sahaja pada waktu siang tapi tidak mengerti apakah perkara yang membatalkan puasa mereka,kebanyakannya mereka hanya menahan lapar dan dahaga tapi masih melakukan maksiat, menyebarkan fitnah, dan lain lagi ..

sungguh itu adalah perkara yang membatalkan puasa kamu juga,manusia ini sering melakukan sesuatu itu tapi tidak tahu itu adalah kebaikan atau tidak,
dalam tidak sedar, kita sudah berdosa kepada Allah,
sedarlah...
dimana Allah telah membuka luas pintu syurga itu dan ditutup rapat pintu neraka itu,
dan Allah telah mengurung segala syaitan dari jenis jin,
mengapakah Allah bertindak sedemikian ?
kerana Allah amat menyayangi kita,Allah telah memberi peluang kepada kita untuk beribadah kepada Allah dan memohon doa untuk dimasukkan ke dalam syurga,
jadi ambillah peluang di bulan ramadhan kali ini untuk melakukan kebaikan dan mengumpul saham-saham ibadah untuk kita bawa di akhirat kelak,
bukan sahaja kita wajibkan diri kita untuk berpuasa tapi kita gunakan masa Ramadhan kita dengan beribadah kepada Allah untuk dipertunjukkan kepada Allah di akhirat kelak,
kurangkan daripada menyusahkan diri dengan hal-hal dunia,
kerana itu sebenarnya tidak memberi faedah buat kita apabila berada di akhirat sekiranya diketahui tapi ia memberi faedah untuk dunia sahaja yang bersifat sementara,
Ayuh teman-teman kita sama-sama memperbanyakkan beribadah kepada Allah pada bulan Ramadhan kali ini,jangan sia-siakan perjuangan hidup kita di dalam dunia, nak masuk syurga kan ? ^_^
buat sekadar yang mampu , kita ni sememangnya jahil tapi apa salahnya kalau diri ini ingin Allah pandang mulia,
betul tak ?

Atokk Naqib
Sekian...




No comments:
Post a Comment