Friday, 6 March 2015

Hayati Islam Bukanlah Arab

Assalamualaikum...



Dunia dihimpit dengan perkara yang menggemparkan melibatkan kumpulan militan yang katanya memperjuangkan islam serta menyuarakan jihad menentang musuh islam tersendiri,
Mereka adalah kumpulan militan IS
Yang amat membimbangkan ialah tarikan anak muda kepada militan ini sudah berleluasa,
Kita boleh melihat daripada purata anak muda yang melibatkan diri dengan aktiviti militan sudah meningkat ke angka 60 baru-baru ini,
Dikejutkan juga foto dan video warga malaysia yang terlibat dengan adegan-adegan yang tidak perikemanusiaan itu,
Sejauh mana kita memahami erti jihad ini?
Memang bagi islam, kita mesti terlibat dengan jihad..
Tapi apakah panduan kita untuk menyertai jihad?
Adakah betul kita merujuk al quran dan al hadis
Mengapa perlu kita mengikut bangsa arab walaupun mereka ini adalah bangsa yang diberi nikmat besar seperti melahirkan seorang nabi dikalangan mereka waktu ketika dahulu..
Antara menjadi pengaruh kita kepada aktiviti militan ini adalah melalui tarikan daripada bangsa arab itu sendiri,
Kita sekarang terlalu melihat arab ini adalah ikon kepada islam,
Sedangkan kita perlu tahu, ada juga di antara mereka yang beragama islam tapi ada juga yang menzalimi manusia dan ada juga yang mengumpul kekayaan untuk kepentingan diri sendiri..
Lebih-lebih lagi, ada juga yang mengikut gaya hidup barat,
Kita perlu tahu Islam itu untuk semua bukan orang arab sahaja,
Islam boleh dilahirkan melalui bangsa cina, india, melayu, afrika mahupun eropah juga..
Dan kita adalah sama..
Bukan nak kata perlu menghilangkan rasa penghormatan kepada bangsa arab,
Maksudnya sebaik baik panduan adalah Islam sendiri bukanlah bangsa arab,
Tetapi Ada juga negara bangsa arab yang Betul mengikut kriteria jihad di tempat mereka seperti Palestin yang berhadapan dengan Israel Zionist, Syria yang menghadapi tentera Syiah, Mesir yang menghadapi pemimpin zalimnya dan antaranya yang lain mengikut fatwa ulama yang lain,
Islam tidak pernah mengajar manusia untuk menjadi pemberontak,





Islam perlu dihayati mengikut zaman,
Adakah cara islam itu dengan menangkap mereka yang musuhi islam dengan mengviralkan video pembunuhan terhadap mereka?
Itu adalah satu pengkhianatan yang boleh menimbulkan fitnah besar kepada Islam sendiri,
Bukankah itu yang yahudi inginkan daripada Islam sendiri iaitu menjadi dalang permusuhan sebenar di dunia,
Kita tahu yahudi mempunyai rancangan untuk menjatuhkan kita, mungkin mereka tidak sehebat berperang dengan umat islam tapi mereka ada kecerdikan dalam idealogi-idealogi lain yang boleh mengembangkan dunia yahudi di mata manusia,



Kerja batil itu pasti kerja mereka,
Tidak perlulah terburu-buru untuk menghampiri kemenangan,
Sesungguhnya Allah pasti akan memberi kita masa untuk merancang strategi sekaligus menangkis segala perancangan mereka,
Buat masa ini berdampinglah bersama para alim ulama, sesungguhnya merekalah para pencinta ilmu yang mampu memberikan ilmu untuk persediaan kita menghadapi dunia mahupun di akhirat kelak,
Bersama-samalah kita menolak militan IS dan ISIS demi masa depan Islam yang lebih baik,





Wednesday, 4 March 2015

Apabila Budaya Copypaste Menjadi Amalan Seharian

Assalamualaikum..

Pembuka bicaraku dalam tahun baru ini mengenai budaya #copypaste 
Baguskah budaya copypaste ini?
Setiap catatan yang kita kongsi itu mestilah dibenarkan untuk mereka untuk di copypaste
Jangan sesekali menghalang,
Ada juga di antara kita yang menghalang serta mengkritik mereka yang menggunakan catatan orang lain,
Itu budaya apa itu? Adakah itu satu kepentingan diri sendiri
Adakah kita menulis catatan bukan atas niat untuk berkongsi semata mata atau mahu menunjukkan kelebihan diri dalam menulis?
Sepatutnya ilmu itu perlu dikongsi dan wajar di copypaste bagi setiap catatan kita untuk dijadikan rantai mata-mata orang lain untuk membaca,
Budaya ini merangkumi pelbagai sudut,
Ada yang menjadi kebaikan dan ada yang menjadi keburukan,
Perlu dilihat segala maklumat yang kita dapat itu adakah sahih atau diada adakan,
Lebih elok kita mengkaji dahulu dari siapa yang memberi maklumat itu,
Barangkali ia palsu boleh menjadi fitnah,
Kelemahan pada manusia di zaman sekarang yang suka menimbulkan perkara yang tidak benar atas sebab kedengkian,
Termasuklah untuk menjadikan dirinya yang pertama di bangga bangga berkongsi perkara itu yang boleh merambangkan mata setiap pembaca
Perlu diingat juga kita ini serbi kekurangan, 
Kadangkala niat kita baik untuk menyebarkan perkara agama tapi sayangnya perkara itu tidak sahih,
Lebih mengecewakan adalah ramai pula yang menyebarkan perkara palsu tentang agama itu yang boleh menyebabkan semua boleh disesatkan,
Budaya ini perlu berhati-hati,
Seharusnya tanya kepada penghantar maklumat dari mana dapat maklumat tersebut dan lebih baik lagi rujuk kepada yang pakar tentang maklumat itu dan ustaz serta ulama bagi maklumat berkenaan agama,
Jangan sesekali kita menjadi salah seorang yang menjadi sang pengfitnah kerana kita sudah berada di zaman fitnah,
Jangan disangka zaman fitnah itu zaman kebaikan dan zaman yang diberi kelonggaran serta mudah mempermain mainkan segala isu,
Kita risau dengan segala tipu daya syaitan itu bakal menjadi amalan kita buat sepanjang hayat seterusnya membawa kita ke lembah kesesatan