Wednesday, 16 April 2014

Jangan berdiam diri !

Assalamualaikum ^__^

http://www.smileycodes.infoRasulullah SAW bersabda, maksudnya : "...takutlah doa orang yang dizalimi sekalipun ia seorang kafir kerana sesungguhnya tidak ada halangan di antara doanya dengan Allah..." (Riwayat Ahmad)

http://www.smileycodes.infoSikap menzalimi orang lain adalah satu sifat yang dibenci dan dilaknat oleh Allah SWT

http://www.smileycodes.infoSelaku orang islam kita hendaklah bersikap adil meskipun terhadap orang yang bukan islam keranan keadilan itu adalah cermin keimanan yang sebenar yang boleh melembutkan hati yang keras dan mengubah akhlak yang buruk kepada baik. Malah keadilan itu boleh menerbitkan perasaan kasih sayang dan hormat-menghormati dalam masyarakat.

http://www.smileycodes.infoDi dalam hadis ini Allah juga telah menunjukkan sifat-Nya yang adil di mana sesiapa juga hamba-Nya yang menzalimi orang lain akan dibalas dengan balasan yang setimpal sekalipun orang yang dizalimi itu adalah orang kafir.




^__^
http://www.smileycodes.info
Atokk Naqib
Sekian...

Tuesday, 15 April 2014

Give me your hand ^__^

Assalamualaikum ^__^

http://www.smileycodes.infoSabda Rasulullah SAW yang maksudnya : "...gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang, saling bersimpati dan saling cinta mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam..." (Riwayat Ahmad dan Muslim)
http://www.smileycodes.infoKerjasama adalah kunci kejayaan dalam segala aspek kehidupan. Ia boleh mewujudkan suasana kehidupan yang harmoni dan stabil kerana daripada kerjasama akan menerbitkan kemesraan berkomunikasi, kasih sayang serta saling bersimpati di antara satu sama lain. Bak kata pepatah cubit peha kiri, peha kanan terasa sakit.

http://www.smileycodes.infoMakhluk Allah adalah saling perlu memerlukan di antara satu sama lain di mana manusia tidak mungkin hidup tanpa alam persekitaran pula tidak akan membangun tanpa ada manusia yang mengusahakannya.

Kejayaan Rasulullah SAW melahirkan masyarakat yang berkasih sayang dapat dijadikan contoh yang paling baik bagi mewujudkan suasana bekerjasama dalam masyarakat masa kini. Ia berpunca daripada sikap dan suasana positif yang dibentuk oleh Rasulullah menerusi pendidikan dan program motivasi yang berjalan secara berterusan sehingga wujudnya individu yang berperibadi mulia dan kukuh sehingga naluri kerjasama dan saling memerlukan itu berkembang subur menjadi satu tenaga yang mampu menggerakkan masyarakat islam membawa perubahan besar kepada tamadun dunia.

^__^
http://www.smileycodes.info
Atokk Naqib
Sekian...