Wednesday, 13 February 2013

69 ^^

Assalamualaikum
"..susohnye nk dakwah cara nabii..
nak tgk muka masing2..malunye...
kadang2 kene maki.."
ingatlah kawan2, dakwah itu memang sunnah rasulullah saw
tetapi berdakwah biarlah ikut situasi,
kalau kita lihat pada zaman nabi sememangnya mesti berkumpul dakwah secara berhadapan terus,
kerana zaman dulu tiada kemajuan kalau nak dibandingkan dengan sekarang,
jadi, gunakan kemudahan pada zaman sekarang untuk berdakwah,
tiada alasan untuk kita tidak berdakwah,
antaranya kemudahan kita gunakan facebook untuk dakwah,
antara dakwah berkonsepkan bertulis dan kemajuan yang terang diterima oleh umat manusia lain zaman sekarang,
mudahnya berdakwah di dalam facebook tanpa penat lelah menyampaikan guna mulut,
dan mudahnya juga posting dakwah kita dilihat oleh semua orang,
mudahnya dakwah zaman sekarang,
bukan sahaja facebook malah banyak lagi antaranya twitter, blogger, myspace dan lain lagi..
walaupun Al Yahudd buat untuk menyesatkan kita tetapi sekiranya kita gunakan untuk manfaat kita macam mana ? adakah kita akan sesat ?
jadi, teruskan sebarkan kebenaran kepada orang lainn
semoga allah meredhai di setiap apa yang kita lakukan (Insyaallah)


^^
Atokk Naqib
Sekian...


Betapa beruntungnya kami ^^

Assalamualaikum

mari kita berqasidah ^^
menarik dengan hiburan islam ini
main lagu nya dulu barulah baca liriknyaa k ^^
selamat berhibur !
Qasidah - Ya hanana






Haiwan pun pandai cari makan ^^

Assalamualaikum


http://www.smileycodes.infoIngatlah dakwah adalah satu sunnah Rasulullah SAW
adakah perlu kita tinggalkan ? adakah perlu kita menjadi ustaz atau ulama untuk berdakwah ?
sekali-sekalinya tidak,
ingatlah bahawa kita adalah seorang muslim,
http://www.smileycodes.info tujuan apa allah mencipta manusia di atas muka bumi ?
tujuan apa rasulullah diberi tugas menyebarkan islam kepada umatnya ?
semuanya adalah menyebarkan kebenaran,
adakah http://www.smileycodes.infopatut kita berdiam diri di rumah dan menghiburkan diri kita sahaja semata-mata ?
hanya mendengar islam tidak menghalang kita berhibur ..
http://www.smileycodes.infomelahirkan rasa cinta sahaja pada allah mahupun rasulullah ?
tetapi perkara yang disampaikan olehNya tidak kita peduli..
Islam is the way of life !
Islam is for all !


islam bukan sahaja disampaikan oleh Rasulullah SAW pada zaman baginda,
tujuan allah kurniakan Islam kepada hambanya adalah memperdengarkan kebenaran dan menyampaikan kebenaran kepada mereka yang tidak ketahui,

jadi, tugas menyampaikan ilmu agama adalah SEMUA yang bergelar muslim,
http://www.smileycodes.infoadakah kita yakin kita benar ?
mengapa kita sombong untuk menegakkan keadilan ?
bantulah rakan-rakan kita yang lain ^^
mereka percaya pada tuhan dan syurga
mereka taat pada tuhan, mereka nak masuk syurga jua
tetapi mereka menyembah tuhan yang salah
http://www.smileycodes.infokerana mereka tidak ketahui .


^^
http://www.smileycodes.info
Atokk Naqib
Sekian...

Monday, 11 February 2013

We Are Not Terrorist ! ^^

Assalamualaikum


percayalah kita bahawa ISLAM itu membantu kita dari segi apa sahaja,
terimalah ISLAM ini sebagai pedoman hidup kita sehingga ke akhir hayat kita,
kerana hidup kita akan dipermudahkan di setiap perjalanan hidup kita,


antara keistimewaan yang kita dapat dari ISLAM ini adalah :

ISLAM memelihara kita dari segi AGAMA contohnya manisnya rasa di hati sekiranya kita terlibat di dalam kumpulan yang memperjuangkan islam sehingga matinya kita meninggalkan dunia ini Insyaallah syurga menanti kita ^^.
ISLAM memelihara kita dari segi MAKANAN contohnya Islam memelihara kita untuk memakan makanan yang halal dan baik, mengharamkan makanan yang boleh memudaratkan tubuh badan kita ^^.
ISLAM memelihara kita dari segi AKAL contohnya memelihara kita daripada membuat perkara yang boleh merosakkan akal kita seperti meminum arak dan menonton bahan lucah ^^,
ISLAM memelihara kita dari segi KETURUNAN contohnya memelihara kita dari menghampiri zina, kerana zina ini mampu merosakkan keturunan kita pada masa akan datang, (melahirkan anak luar nikah) adakah kita inginkan zuriat hasil pengzinaan kita ? ^^
ISLAM memelihara kita dari segi HARTA contohnya memelihara kita untuk mencari rezeki yang halal, tidak mengharapkan kita untuk mengejar kekayaan semata-mata untuk keinginan kita sendiri dan mengharamkan untuk kita mencuri, mendapatkan harta hasil rasuah dan mendapatkan harta hasil menipu.





indahnya ISLAM sekiranya kamu mengetahui....^^

^^
Atokk Naqib
Sekian...

Sunday, 10 February 2013

The thing that is important than MONEY ^^

Assalamualaikum

http://www.smileycodes.infohari ini kite cerita sdkt psaii SAHABAT
SAHABAT adalah orang yang paling berharga sekali dari pentingnya barang berharga bagi kita seperti emas, duit atau lain2 lagii..
http://www.smileycodes.infokerana apa?
sahabat ini orang yang yang dimana tempat kita bergantung juga melainkan ahli keluarga
http://www.smileycodes.infodan merupakan juga ahli keluarga kita juga,
di saat kita dalam kesusahan
SAHABAT inilah yang boleh membantu kita dan dapat menyedarkan kita,
nak dikatakan pentingnya kita bersahabat,
http://www.smileycodes.infojagalah sahabat ini seperti mana kita jaga diri kita sendiri,
dimana sahabat kita membuat kesalahan, berilah peringatan dan tegurlah dia,
sekiranya sahabat kita membuat kesalahan ibarat kita juga yang sama membuat kesalahan itu,
http://www.smileycodes.infobiarlah kita menangisi kerana sahabat,
bahawa ingin menunjukkan sayangnya dan pentingnya sahabat ini dalam hidup kita



dan ingatlah bahawa :


“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.”
[Hadis riwayat al-Hakim]
Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.”
[Hadis riwayat Muslim]
wahh indahnya bersama sahabat ^^
tapi janganlah kita sesekali memutuskan tali persahabatan kita,
bersama lah dengan sahabat di dalam perjuangan islam
itulah yang sebaik-baiknya sekiranya diketahui,
kerana pada pengakhiran nafas kita terhnti
merekalah yang juga akan menangisi dan akan membaca yaasin untuk kita ^^
terima kasih kerana telah menjadi sahabat saya :'(

^^
http://www.smileycodes.info
Atokk Naqib
Sekian...

Monday, 4 February 2013

Gajah Mengaum ^^

Assalamualaikum

pertama sekali ucapan tahniah kepada pasukan bola sepak pahang yang masih mendahului tangga teratas liga super 2013,
pemain yang bersemangat dan tungkus lumus mengatasi pihak lawan mereka sehingga mengakhiri dengan kemenangan,
membuatkan penyokong kurang gigit jari menonton perlawanan mereka,
yang pastinya, kehebatan pemain yang hanya mewakili barisan pemain dari malaysia,
hanya beberapa sahaja pemain yang diimport,
teruskan berjuang ! kami warga pahang mendoakan kejayaan kalian dan tidak akan "missed" menonton perlawanan anda, goodluck!







nak dengar tak kisah sang gajah ?


Dalam suatu negeri terdapat sekumpulan orang buta. Mereka mendengar berita satu sarkis datang ke tempatnya dengan membawa bersama seekor haiwan ajaib bernama gajah. Naluri ingin tahu mereka melonjak kerana selama ini mereka belum pernah melihat rupa atau mengenalinya bahkan nama gajah pun mereka belum pernah dengar.

Kata sepakat diambil untuk menghantar wakil ke tempat itu. Salah seorang berkata, "Meskipun kita buta tapi kita masih boleh mengenalinya dengan cara meraba."

Perwaklilan yang dilantik terus ke tempat itu. Sebaik saja sampai, masing-masing terus memainkan peranan. Ada yang terpegang kaki gajah, ada yang terpegang gading dan sebahagian lain memegang telinga gajah.

Setelah puas meraba, mereka pun kembali ke kampungnya. Mereka dihujani dengan pelbagai pertanyaan oleh orang-orang buta yang tidak pergi dan ingin mengetahui bentuk gajah ajaib itu.

Orang yang terpegang kaki gajah mengatakan gajah itu seperti tiang besar, kesat tapi lembut pada sentuhan. Kenyataan ini dibantah keras oleh orang yang terpegang gajah pada gading. Dia mengatakan gajah tidak kesat, tidak lembut dan jauh sekali dari berbentuk seperti tiang seperti yang dilaporkan oleh orang pertama tu, sebaliknya katanya gajah keras dan licin dan hanya sebesar galah saja.

Kenyataan ini disanggah oleh pelapor ketiga yang memegang gajah pada telinga. Dia bersetuju dengan pelapor pertama yang mengatakan gajah itu kesat dan lembut tetapi tidak bersetuju bentuknya seperti tiang atau galah. Dia menegaskan bahawa gajah itu kesat, lembut dan saiznya hanya seperti kulit terkembang yang tebal sebesar dulang.

Orang-orang buta lain yang ingin mendengar cerita mengenai bentuk gajah itu melopong kebingungan.

Moral:

* Naluri ingin tahu yang ada pada setiap orang mendorong mereka untuk menyelidik
* Penggunaan satu deria saja tidak memadai untuk mengetahui sesuatu fakta secara syumul dan terperinci
* Pendapat seseorang mengenai sesuatu perkara adalah betul dari satu persepsi/sudut saja
* Penguasaan ilmu perlu menggunakan teknik gabungan pelbagai media dan juga melalui 'brainstorming'
* Jangan lekehkan pandangan orang lain kerana ia adalah betul dari sudut pandangannya
* Melekehkan pendapat orang menyekat diri kita dari menguasai ilmu secara global
* Dapatkan fakta atau maklumat mengenai sesuatu dari banyak sumber dan cara
* Maklumat yang diperolehi secara 'second-hand' belum dapat dipastikan kesahihan; jauh sekali untuk dijadikan dalil atau hujah.


(maaf tercopy paste blog anda wahai sahabat ku cerita teladan) ^^


^^
Atokk Naqib
Sekian...