Sesaat Umar diislamkan, Umar bertanya kepada Rasulullah SAW, "Bukankah kita berada di atas kebenaran?" Nabi SAW menjawab, "Benar." Umar kembali bertanya, "Bukankah mereka berada di atas kebatilan." Nabi SAW menjawab, "Benar." Umar berkata, "Lalu, mengapa harus bersembunyi?" Nabi SAW kemudian balik bertanya kepadanya, "Apa pendapatmu, wahai Umar?" Umar menjawab, "Wahai Rasulullah, kita keluar dan mengumumkan islam dijalan-jalan Makkah hingga kita bertawaf di Kaabah." Nabi SAW lalu berkata, "Baik, wahai Umar."
Dua kelompok kaum muslimin dibahagikan yang diketuai oleh Singa Allah iaitu Hamzah bin Abdul Muthalib dan Umar bin Khattab sambil bertakbir "Allahu Akhbar Wa Lillahil Hamd" hingga mereka bertawaf mengelilingi kaabah.
Umar mula merasa kenikmatan apabila berada di jalan kebenaran bersama Nabi SAW sehingga memberitahukan keislamannya kepada penduduk sekitar kaabah malah kepada para pemuka kafir yang lain seperti Abu Jahal dan Abu Sufian.
Tiada siapa yang berani menghalang Umar pada ketika itu.
Umar mengumpulkan anak-anaknya untuk diberitahu akan keislamannya dan memerintahkan kepada anaknya untuk beriman kepada Allah semata-mata.
Abdullah yang merupakan anak kepada Umar memberitahukan rahsia keislamannya yang sudah 1 tahun lamanya.
Umar amat kecewa dan marah kepadanya yang membiarkan ayahnya selama itu dalam kesesatan dan sejurusnya dicampaknya umar anak itu.
Sebelum penghijrahan Nabi SAW ke madinah, hanya Umar bin Khattab yang berani melakukan hijrah secara terang-terangan berbanding sahabat lain yang berhijrah secara tersembunyi.
Bagi Umar, penghijrahan Nabi SAW adalah satu syiar.
Kekuatan dan kemuliaan ialah suatu pilihan Umar untuk berhijrah.
Selepas selesai Umar bertawaf dan mengerjakan solat sunat dua rakaat, dengan berpedang, busur dan anak panahnya dengan tegas berkata "Barangsiapa yang menginginkan anaknya menjadi yatim, ibunya celaka dan isterinya menjadi janda, maka hendaklah dia menemuiku dibalik lembah ini. Sesungguhnya, esok aku akan berhijrah."
Mendengar penuturannya tersebut, tidak seorang pun yang sanggup berkata.
Esok harinya, dia berhijrah bersama 20 kaum dhu'afa dari kaum muslimin setelah mereka berada berdekatan dengan Umar dan dalam perlindungannya.
Umar adalah seorang yang berani dan kuat dalam peperangan.
Peperangan Badar antara perang yang disertainya menentang kaum kafir.
Demi agama yang benar yang dipercayainya, semua kerabatnya yang kafir diratah dengan pedangnya termasuk bapa saudaranya sendiri iaitu Al-Ash bin Hisyam.
Dari perang ini juga, teringatnya Umar kepada kata-kata Rasulullah yang benar terjadi pada Suhail bin Amru yang pernah Umar menginginkan untuk mencabut gigi-giginya Suhail iaitu perkataan Rasulullah terhadap Suhail yang akan berdiri di posisi yang Umar akan puji.
Benarlah kata-kata Rasulullah itu terjadi apabila Suhail berdiri di hadapan penduduk Mekkah berpidato kepada mereka tatkala mereka hampir murtad.
Umar adalah seorang yang tegas.
Pada satu ketika di dalam pertemuan perjanjian Hudaibiyah, Umar amat marah terhadap tindakan ketidak adilan yang dilakukan oleh kaum musyrikin di dalam perjanjian tersebut sehingga ia terpaksa berbalah bersama sahabat mahupun Nabi SAW.
Dan turunnya surah Al Fath ayat 1-3 membawa saksi bahawa kemenangan akan datang kepada golongan yang benar.
Maka dengan itu, bersaksikan mata Umar melihat berbondong-bondong orang yang masuk islam dan mengerti bahawa peristiwa tersebut adalah sebuah kemenangan dan membuatkan Umar bertambah yakin kepada pegangannya.
Bukanlah sahaja tegas pendiriannya itu tersaksi, malah sebenarnya kasih sayangnya kepada Allah dan Rasulullah amatlah besar baginya.
Sehingga Umar menangis kerana takut pada Allah sehingga memberi bekas dua garis hitam pada bawah kedua matanya.
Sehingga satu hari pada ketika Umar ingin mengenakan hukuman pada seorang lelaki yang berbuat dosa, lelaki itu menyesal dan mengingatkan umar kepada Allah.
Lantas itu, Umar berhenti untuk memukulnya dan meninggalkan lelaki itu kerana mengingatkan kepada allah.
Peristiwa itu, Nabi SAW mengkhabarkan bahawa penghuni langit merasa gembira atas keislaman Umar.
Kecintaannya kepada Nabi SAW amatlah manis buatnya kerana hidayah daripada Allah telah sampai kepadanya berdasarkan yang diutuskan kepadanya Nabi SAW.
Demi mencapai Syurga Firdaus Al-Ala, Umar sedar bahawa kecintaannya pada Nabi SAW adalah bermakna sekali daripada dirinya sendiri.
Demikian juga kita dapat tahu bahawa Umar lebih menyayangi keluarga Nabi SAW melebihi keluarganya sendiri.
Sebelum Nabi SAW wafat, sempat juga Nabi SAW mengatakan khabar gembira kepada Umar berupa syurga sehingga mimpi syurganya termasuk ke dalam mimpi Nabi SAW akan istana yang berada di syurga telah dibina khas buatnya.
Keadaan Nabi SAW tertawa lebih apabila disamping Umar
Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah menetapkan kebenaran atas lisan dan hati Umar. Dia adalah Al-Faruq dan dengannya Allah membezakan antara yang hak dan yang batil."
Bersambung...(Rujukan dari 4 Pemimpin Ajaib Khulafa'Ar Rasyidin by Umar Hafiz)
^^
Atokk Naqib
Sekian...


No comments:
Post a Comment