Friday, 6 March 2015

Hayati Islam Bukanlah Arab

Assalamualaikum...



Dunia dihimpit dengan perkara yang menggemparkan melibatkan kumpulan militan yang katanya memperjuangkan islam serta menyuarakan jihad menentang musuh islam tersendiri,
Mereka adalah kumpulan militan IS
Yang amat membimbangkan ialah tarikan anak muda kepada militan ini sudah berleluasa,
Kita boleh melihat daripada purata anak muda yang melibatkan diri dengan aktiviti militan sudah meningkat ke angka 60 baru-baru ini,
Dikejutkan juga foto dan video warga malaysia yang terlibat dengan adegan-adegan yang tidak perikemanusiaan itu,
Sejauh mana kita memahami erti jihad ini?
Memang bagi islam, kita mesti terlibat dengan jihad..
Tapi apakah panduan kita untuk menyertai jihad?
Adakah betul kita merujuk al quran dan al hadis
Mengapa perlu kita mengikut bangsa arab walaupun mereka ini adalah bangsa yang diberi nikmat besar seperti melahirkan seorang nabi dikalangan mereka waktu ketika dahulu..
Antara menjadi pengaruh kita kepada aktiviti militan ini adalah melalui tarikan daripada bangsa arab itu sendiri,
Kita sekarang terlalu melihat arab ini adalah ikon kepada islam,
Sedangkan kita perlu tahu, ada juga di antara mereka yang beragama islam tapi ada juga yang menzalimi manusia dan ada juga yang mengumpul kekayaan untuk kepentingan diri sendiri..
Lebih-lebih lagi, ada juga yang mengikut gaya hidup barat,
Kita perlu tahu Islam itu untuk semua bukan orang arab sahaja,
Islam boleh dilahirkan melalui bangsa cina, india, melayu, afrika mahupun eropah juga..
Dan kita adalah sama..
Bukan nak kata perlu menghilangkan rasa penghormatan kepada bangsa arab,
Maksudnya sebaik baik panduan adalah Islam sendiri bukanlah bangsa arab,
Tetapi Ada juga negara bangsa arab yang Betul mengikut kriteria jihad di tempat mereka seperti Palestin yang berhadapan dengan Israel Zionist, Syria yang menghadapi tentera Syiah, Mesir yang menghadapi pemimpin zalimnya dan antaranya yang lain mengikut fatwa ulama yang lain,
Islam tidak pernah mengajar manusia untuk menjadi pemberontak,





Islam perlu dihayati mengikut zaman,
Adakah cara islam itu dengan menangkap mereka yang musuhi islam dengan mengviralkan video pembunuhan terhadap mereka?
Itu adalah satu pengkhianatan yang boleh menimbulkan fitnah besar kepada Islam sendiri,
Bukankah itu yang yahudi inginkan daripada Islam sendiri iaitu menjadi dalang permusuhan sebenar di dunia,
Kita tahu yahudi mempunyai rancangan untuk menjatuhkan kita, mungkin mereka tidak sehebat berperang dengan umat islam tapi mereka ada kecerdikan dalam idealogi-idealogi lain yang boleh mengembangkan dunia yahudi di mata manusia,



Kerja batil itu pasti kerja mereka,
Tidak perlulah terburu-buru untuk menghampiri kemenangan,
Sesungguhnya Allah pasti akan memberi kita masa untuk merancang strategi sekaligus menangkis segala perancangan mereka,
Buat masa ini berdampinglah bersama para alim ulama, sesungguhnya merekalah para pencinta ilmu yang mampu memberikan ilmu untuk persediaan kita menghadapi dunia mahupun di akhirat kelak,
Bersama-samalah kita menolak militan IS dan ISIS demi masa depan Islam yang lebih baik,





Wednesday, 4 March 2015

Apabila Budaya Copypaste Menjadi Amalan Seharian

Assalamualaikum..

Pembuka bicaraku dalam tahun baru ini mengenai budaya #copypaste 
Baguskah budaya copypaste ini?
Setiap catatan yang kita kongsi itu mestilah dibenarkan untuk mereka untuk di copypaste
Jangan sesekali menghalang,
Ada juga di antara kita yang menghalang serta mengkritik mereka yang menggunakan catatan orang lain,
Itu budaya apa itu? Adakah itu satu kepentingan diri sendiri
Adakah kita menulis catatan bukan atas niat untuk berkongsi semata mata atau mahu menunjukkan kelebihan diri dalam menulis?
Sepatutnya ilmu itu perlu dikongsi dan wajar di copypaste bagi setiap catatan kita untuk dijadikan rantai mata-mata orang lain untuk membaca,
Budaya ini merangkumi pelbagai sudut,
Ada yang menjadi kebaikan dan ada yang menjadi keburukan,
Perlu dilihat segala maklumat yang kita dapat itu adakah sahih atau diada adakan,
Lebih elok kita mengkaji dahulu dari siapa yang memberi maklumat itu,
Barangkali ia palsu boleh menjadi fitnah,
Kelemahan pada manusia di zaman sekarang yang suka menimbulkan perkara yang tidak benar atas sebab kedengkian,
Termasuklah untuk menjadikan dirinya yang pertama di bangga bangga berkongsi perkara itu yang boleh merambangkan mata setiap pembaca
Perlu diingat juga kita ini serbi kekurangan, 
Kadangkala niat kita baik untuk menyebarkan perkara agama tapi sayangnya perkara itu tidak sahih,
Lebih mengecewakan adalah ramai pula yang menyebarkan perkara palsu tentang agama itu yang boleh menyebabkan semua boleh disesatkan,
Budaya ini perlu berhati-hati,
Seharusnya tanya kepada penghantar maklumat dari mana dapat maklumat tersebut dan lebih baik lagi rujuk kepada yang pakar tentang maklumat itu dan ustaz serta ulama bagi maklumat berkenaan agama,
Jangan sesekali kita menjadi salah seorang yang menjadi sang pengfitnah kerana kita sudah berada di zaman fitnah,
Jangan disangka zaman fitnah itu zaman kebaikan dan zaman yang diberi kelonggaran serta mudah mempermain mainkan segala isu,
Kita risau dengan segala tipu daya syaitan itu bakal menjadi amalan kita buat sepanjang hayat seterusnya membawa kita ke lembah kesesatan

Tuesday, 16 September 2014

MalaysiaKu

Assalamualaikum wbt
Sy terjumpe dengan mamat ni di dalam bas sewaktu sy bersama dengan kwn2 sy pulang dr bpmall,
Hebatnya yang tak terkata,
walaupun ia seorang yang tidak terurus,
Dia pun mampu melahirkan rasa CINTAnya kepada tanah air (Malaysia), dengan rasa tidak malunya, dia mampu menyanyi dengan kuatnya lagu malaysia dengan rentaknya sendiri di dalam bas itu sehingga mempengaruhi orang2 yang berdekatan dengannya,
Tersenyum kami melihat gelagatnya,
Inilah yang dinamakan CINTA tak kenal siapa,
Selamat Hari Malaysia ^_^

Tuesday, 3 June 2014

mulut adalah senjata, suara adalah peluru, hati adalah penyimpan peluru ^__^

Assalamualaikum ^__^

http://www.smileycodes.infoRasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "...tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak..."

- http://www.smileycodes.infoSetiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah intipati kepada segala ibadah. Orang yang enggan berdoa adalah orang sombong, takbur dan bongkak.

- http://www.smileycodes.infoKetika berdoa, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dipohon), janganlah berdoa dengan mulut sahaja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya hadirkan hati serta hayati apa yang dipohonkan itu serta yakin bahawa Allah akan menerima doa tersebut kerana sesungguhnya Allah SWT tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa.

- http://www.smileycodes.infoSupaya doa dimakbulkan, hendaklah kita mematuhi adab-adab berdoa serta memilih masa dan tempat yang sesuai kerana Allah dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya selama mana apa yang diminta itu merupakan perkara-perkara yang baik. Begitu juga Allah yang sifat-Nya yang Maha Pengampun tidak akan menolak doa hamba-Nya yang beristighfar dan berdoa memohon keampunan dari segala dosa yang telah dilakukan.

^__^

http://www.smileycodes.info
AtokkNaqib
Sekian...

special moment for this post...




Alhamdulillah..... ^__^

Monday, 2 June 2014

Baik siapa ingat? Jahat siapa lupa? ^__^

Assalamualaikum ^__^

http://www.smileycodes.infoRasulullah SAW bersabda, maksudnya: "...Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah mengembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaanNya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu..." (Riwayat Ibnu Abi Dunya)

- http://www.smileycodes.infoBerbuat baik dan memberi keselesaan kepada orang lain akan diganjari Allah dengan balasan yang berlipat ganda sama ada berupa pahala, kebaikan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

- http://www.smileycodes.infoSemua ini akan dapat dilakukan sekiranya seseorang itu mempunyai keimanan dan keikhlasan di hatinya sehingga segala tindakan-tindakan yang dilakukannya sentiasa melahirkan kebaikan kepada dirinya dan dalam hubungannya dengan orang lain serta masyarakat di sekelilingnya.

-http://www.smileycodes.info Demikian juga kita dilarang agar jangan membalas kejahatan orang lain dengan kejahatan juga tetapi hendaklah membalasnya dengan kebaikan seperti api yang menyala dan membakar nescaya akan terpadam apabila disirami air. Maka begitulah dengan kebaikan, lambat laun akan melembutkan hati yang keras dan menghapuskan kejahatan yang melanda.

- http://www.smileycodes.infoSebaliknya jika kecenderungan berbuat perkara-perkara yang jahat terus dibiarkan menguasai diri maka akan rosaklah segala kebaikan yang pernah dilakukan ia mudah dilihat (diketahui) berbanding dengan banyaknya kebaikan yang pernah dilakukan oleh seseorang itu. Bak kata pepatah Melayu "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

- http://www.smileycodes.infoSesungguhnya keimanan itu sentiasa terbuka untuk ditingkatkan sebaliknya iman akan merosot sekiranya kita melakukan perbuatan maksiat.

^__^
http://www.smileycodes.info
AtokkNaqib
Sekian...

Monday, 12 May 2014

10-1=9 or 10-1=999 ?

Assalamualaikum ^__^


http://www.smileycodes.infoSabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "...hendaklah setiap umat islam itu bersedekah, jika ia tidak dapat berbuat demikian, maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat berbuat demikian, maka hendaklah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah..." (Riwayat Ahmad)


- http://www.smileycodes.infoMembantu orang yang tidak berada dan berkongsi menggunakan suatu kemudahan adalah salah satu daripada sifat yang amat dituntut di dalam islam.
- http://www.smileycodes.infoSetiap umat islam hendaklah berusaha sedaya upaya untuk melakukan kebaikan dan kebajikan di dalam hidupnya sama ada dengan memberikan bantuan tenaga, buah fikiran atau memberikan nasihat yang berguna kepada orang lain di mana semua ini dinilai sebagai sedekah.
-http://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.infoKategori sedekah yang paling minimum adalah dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang jahat (buruk) di mana dengan cara itu seseorang telah dianggap menyelamatkan masyarakat sekitarnya daripada keburukan dirinya yang boleh membahayakan orang lain.
- http://www.smileycodes.infoBersedekah hendaklah dilakukan dengan hati yang ikhlas dan bukan diiringi dengan perasaan ingin menunjuk-nunjuk (riya') kerana ini akan menghilangkan pahala bersedekah.

^__^
http://www.smileycodes.info
Atokk Naqib
Sekian...

Friday, 9 May 2014

Zikir Sambil Menari Boleh Ke ?

Koleksi Ilmu Agama dan Berita Terkini serta Koleksi Kuliah Ustaz Azhar Idrus: Hukum Berzikir Sambil Menari? - Dr. Zaharuddin

- hukumnya haram sekiranya kita berlengok menari seperti wanita sambil berzikir

- berlenggok menari yang boleh menjatuhkan maruah kepada islam

- Harus hukumnya berzikir hanya menggerakkan badan atau kepala yang hanya secara perlahan dan tidaklah bergerak terlalu lasak..tu gila namanya walaupun kamu berzikir..hehe ^_^