Wednesday, 4 March 2015

Apabila Budaya Copypaste Menjadi Amalan Seharian

Assalamualaikum..

Pembuka bicaraku dalam tahun baru ini mengenai budaya #copypaste 
Baguskah budaya copypaste ini?
Setiap catatan yang kita kongsi itu mestilah dibenarkan untuk mereka untuk di copypaste
Jangan sesekali menghalang,
Ada juga di antara kita yang menghalang serta mengkritik mereka yang menggunakan catatan orang lain,
Itu budaya apa itu? Adakah itu satu kepentingan diri sendiri
Adakah kita menulis catatan bukan atas niat untuk berkongsi semata mata atau mahu menunjukkan kelebihan diri dalam menulis?
Sepatutnya ilmu itu perlu dikongsi dan wajar di copypaste bagi setiap catatan kita untuk dijadikan rantai mata-mata orang lain untuk membaca,
Budaya ini merangkumi pelbagai sudut,
Ada yang menjadi kebaikan dan ada yang menjadi keburukan,
Perlu dilihat segala maklumat yang kita dapat itu adakah sahih atau diada adakan,
Lebih elok kita mengkaji dahulu dari siapa yang memberi maklumat itu,
Barangkali ia palsu boleh menjadi fitnah,
Kelemahan pada manusia di zaman sekarang yang suka menimbulkan perkara yang tidak benar atas sebab kedengkian,
Termasuklah untuk menjadikan dirinya yang pertama di bangga bangga berkongsi perkara itu yang boleh merambangkan mata setiap pembaca
Perlu diingat juga kita ini serbi kekurangan, 
Kadangkala niat kita baik untuk menyebarkan perkara agama tapi sayangnya perkara itu tidak sahih,
Lebih mengecewakan adalah ramai pula yang menyebarkan perkara palsu tentang agama itu yang boleh menyebabkan semua boleh disesatkan,
Budaya ini perlu berhati-hati,
Seharusnya tanya kepada penghantar maklumat dari mana dapat maklumat tersebut dan lebih baik lagi rujuk kepada yang pakar tentang maklumat itu dan ustaz serta ulama bagi maklumat berkenaan agama,
Jangan sesekali kita menjadi salah seorang yang menjadi sang pengfitnah kerana kita sudah berada di zaman fitnah,
Jangan disangka zaman fitnah itu zaman kebaikan dan zaman yang diberi kelonggaran serta mudah mempermain mainkan segala isu,
Kita risau dengan segala tipu daya syaitan itu bakal menjadi amalan kita buat sepanjang hayat seterusnya membawa kita ke lembah kesesatan

No comments:

Post a Comment