Friday, 7 March 2014

Listen to a goodMan ^__^

http://www.smileycodes.infoAssalamualaikum ^__^

http://www.smileycodes.infoSabda Rasulullah SAW yang maksudnya : "...Bukanlah (golongan ini) daripada orang beriman yang sempurna imannya : orang yang suka mengecam, suka melaknat yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut..." (Riwayat Ahmad)

- http://www.smileycodes.infoOrang yang berbudi mulia akan sentiasa berusaha menjauhkan dirinya daripada terlibat dalam pertelingkahan yang selalunya tidak berlandaskan pemikiran yang rasional kerana hal ini merupakan satu tindakan yang tidak produktif dan tidak berfaedah malah hanya akan berakhir dengan perpecahan dengan hidup saling bermasam muka di antara satu sama lain.http://www.smileycodes.info

- http://www.smileycodes.infoIslam menyuruh kita agar hidup bersatu padu, bersikap merendah diri dan tidak berlagak sombong. Ini akan memudahkan perhubungan dan kasih sayang sesama umat islam di mana pemimpin masyarakat dan organisasi yang sebegini juga akan disenangi oleh para pengikut dan kakitangannya malah akan mudah mendapat kerjasama daripada mereka.http://www.smileycodes.info

- http://www.smileycodes.infoDemikian juga kita dilarang menceritakan keburukan orang lain dengan melaknat, mengecam, mencemuh, mencarut dan sebagainya kerana ini akan menyebabkan pergaduhan dan hilang rasa hormat antara sesama anggota masyarakat.http://www.smileycodes.info Maka berlakulah ketegangan yang sebenarnya merugikan keseluruhan umat islam itu sendiri.

^__^
http://www.smileycodes.info

Atokk Naqib

Sekian...

No comments:

Post a Comment