Monday, 11 February 2013

We Are Not Terrorist ! ^^

Assalamualaikum


percayalah kita bahawa ISLAM itu membantu kita dari segi apa sahaja,
terimalah ISLAM ini sebagai pedoman hidup kita sehingga ke akhir hayat kita,
kerana hidup kita akan dipermudahkan di setiap perjalanan hidup kita,


antara keistimewaan yang kita dapat dari ISLAM ini adalah :

ISLAM memelihara kita dari segi AGAMA contohnya manisnya rasa di hati sekiranya kita terlibat di dalam kumpulan yang memperjuangkan islam sehingga matinya kita meninggalkan dunia ini Insyaallah syurga menanti kita ^^.
ISLAM memelihara kita dari segi MAKANAN contohnya Islam memelihara kita untuk memakan makanan yang halal dan baik, mengharamkan makanan yang boleh memudaratkan tubuh badan kita ^^.
ISLAM memelihara kita dari segi AKAL contohnya memelihara kita daripada membuat perkara yang boleh merosakkan akal kita seperti meminum arak dan menonton bahan lucah ^^,
ISLAM memelihara kita dari segi KETURUNAN contohnya memelihara kita dari menghampiri zina, kerana zina ini mampu merosakkan keturunan kita pada masa akan datang, (melahirkan anak luar nikah) adakah kita inginkan zuriat hasil pengzinaan kita ? ^^
ISLAM memelihara kita dari segi HARTA contohnya memelihara kita untuk mencari rezeki yang halal, tidak mengharapkan kita untuk mengejar kekayaan semata-mata untuk keinginan kita sendiri dan mengharamkan untuk kita mencuri, mendapatkan harta hasil rasuah dan mendapatkan harta hasil menipu.





indahnya ISLAM sekiranya kamu mengetahui....^^

^^
Atokk Naqib
Sekian...

No comments:

Post a Comment